Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4

Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4  |  Semalam aku berkesempatan menonton Konsert Gegar Vaganza secara live di TV.. Tak macam minggu sudah terpaksa mengadap PC tengok secara online yang linenye tersangkut-sangkut.. Huh.. Untuk persembahan pada minggu ni aku rasa semuanya berikan yang terbaik dan tidak mengecewakan.. Tapikan aku sedikit terkejut dengan penyingkiran pada minggu ini.. Rasa tak percaya pown ada.. Sebabnya, persembahan beliau ok pada minggu ni.. Tapi itulah adat bertandingkan ada menang ada kalah.. Mungkin bukan rezeki beliau untuk terus berada dalam Gegar Vaganza ni.. 

Siapakah "Beliau" yang aku maksudkan tu?? Kalau korang dah menonton konsert semalam sampai habis mesti korang dah tahukan sape yang tersingkir.. Tapi bagi yang belum tahu, meh la aku kabo ke korang sapa yang tersingkir semalam..

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-4



Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Jangan Menangis Sayang' berduet dengan Acong Sweetchild.. Beliau yang aku maksudkan adalah ELLY MAZLEIN....


Tamatlah sudah perjalanannya di dalam Gegar Vaganza Musim yang ke-3 ini.. Tapi manalah tahukan kowt-kowt nanti ada pemilihan semula untuk yang terkeluar.. Hehe.. Siapa tahukan..

Untuk anugerah PASANGAN PALING MENYENGAT dimenangi oleh Ayai.. Ayai berduet dengan Nora menyampaikan lagu Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha)... Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah orang nampak pada lagu.. Haha.. Tahniah Ayai..

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-5

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5
Tema  :  Hitz Vaganza
Tarikh : 13.11.2016 (Ahad)

  AMENG - Tiara (Kris)
  AZHARINA - Berhenti Berharap (Sheila On 7)
  GMIE - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
  INTAN SARAFINA - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
  NORA - Kasih (Hetty Koes Endang)
  SHIDI - Ratuku (Awie)
  SITI SARAH - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)
  ZARUL - Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
  ZUR EDA - I Will Survive (Gloria Gaynor)

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-5

JIHAN & NABIL - Teman Tapi Mesra (Ratu)

Okelah.. Itu saja info dari aku tentan konsert semalam dan minggu depan.. Kalau yang belum tengok konsert semalam, jom kite tengok dekat link kat bawah ni.. Kasi klik saja dekat situ.. Hoho..!!


Jom Tonton


Credit : Kepala Bergetar


3 comments on "Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4"