Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2016 Diumumkan

Monday, November 7, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tarikh Keputusan UPSR 2016 Diumumkan Keluar  |  Wahh tak lama lagi keputusan UPSR akan keluar.. Mesti tak sabar ibu bapa dan adik-adik kita untuk mengetahui keputusan masing-masingkan.. Bila tarikh keputusan keluar ye?? Sebelum tu mari kita tengok tarikh rasmi keputusan UPSR bagi tahun-tahun sebelum ini terlebih dahulu..

 Tahun 2010 - 11 November
 Tahun 2011 - 17 November
 Tahun 2012 - 19 November
 Tahun 2013 - 14 November
 Tahun 2014 - 26 November
 Tahun 2015 - 17 November


Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Okeh bagi tahun ini pula, tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR bagi tahun 2016 ialah pada 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS).. 

Pada tarikh tersebut, calon-calon UPSR boleh mendapatkan slip keputusan melalui sekolah masing-masing.. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perkhidmatan semakan ringkan ringkas keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas (MySMS 15888)..

Semak Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Ibu bapa pelajar juga boleh membuat semakan secara online iaitu dengan mengikuti beberapa langkah seperti dibawah :-

Step 1

Klik pada pautan ini >>>> https://sppat.moe.gov.my/semakan/ dan anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah :-


Sistem semakan ini hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi..

Step 2

Sila masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang disediakan..

Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan RINGKASAN KEPUTUSAN SAHAJA.. Slip keputusan penuh hanya boleh diperolehi di sekolah atau di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)...


Semakan Keputusan UPSR 2016 Melalui SMS

Calon/Ibubapa pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui perkhidmatan sms dengan cara :-

Taip :-

UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh :-

UPSR KC001A044 dan hantar ke 15888


Semoga tahun ini lebih ramai calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR..


3 comments:

  1. All the best untuk semua adik2. Nebes akak

    ReplyDelete
  2. canggih skang check dlm sistem. zmn mek kena tunggu ppd balik dari jpn. pastuh distribute ke skolah. tghari jgk la baru tahu :)

    ReplyDelete
  3. wah cek sistem jak..dulu2 kena pigi sklh beratur tgu cikgu..huhuhu

    ReplyDelete