SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

Sunday, November 6, 2016

Assalamualaikum wbt..


SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online  |  Berita baik buat para ibu bapa di luar sana terutamanya yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya waktu untuk melihat keputusan anak disekolah mahupun dirumah.. Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan peperiksaan anak secara online.. Mudah kan..?? Semuanya hanya di hujung jari sekarang.. Nak semak dimana tu?? Haaa jom aku story sikit..

SAPS Semakan Ibu Bapa membolehkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka serta melihat prestasi akademik mereka..

APA ITU SAPS IBU BAPA?

SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka..

SPAS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan secara online.. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :-
  • Keputusan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN?

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1.  Layari laman portal rasmi SAPS atau klik pada pautan seperti berikut :-


2.  Step seterusnya, klik pada petak hijau "SEMAKAN IBUBAPA" dan akan terpapar laman seperti gambar di bawah..


3.  Seterusnya, sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti  No. Kad Pengenalan, Tahun Peperiksaan, Jenis Sekolah, Kod Pengesahan dan klik "SEMAK"..

Mudahkan?? Dengan kemudahan yang disediakan oleh KPM ni, rasanya ibubapa lebih mudah untuk mengetahui perkembangan/prestasi akademik anak-anak mereka.. Oh ye, untuk pengetahuan semua bagi keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di apdet dalam sistem SAPS NKRA ini.. So, akan datang semua peperiksaan dah boleh disemak secara online..

Semoga dengan adanya sistem ini, ibubapa lebih mengambil berat tentang akademik anak-anak dan dapat merancang plan pembelajaran dengan lebih baik dan sempurna..



3 comments:

  1. Kan, bgus dh ade sistem cm ni. Tkde la klau kne srok repot kad pn buat tk tahu je

    ReplyDelete
  2. Semak.. jangan tak semak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sekag ni semua d hujung jari.. tak mcm kita dulu2 kalau gagal sembunyi paper exam..hahahaha.. skg da xda peluang nk mnipu

    ReplyDelete