Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab

Sunday, November 13, 2016

Assalamualaikum wbt

Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab  |  Kecoh dan viral sekejap semalam dilaman sosial tentang nama 'Damia' dimana seorang individu yang membuat permohonan pertukaran nama kerana nama DAMIA tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok..

sumber : Sinar Harian

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.

Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Namun begitu, menerusi sumber lain pula, satu penerangan dipercayai dari Dr Maza mempunyai pendapat yang berlainan mengenai maksud nama-nama yang digunakan.
Anda boleh baca penjelasan penuh beliau dibawah:
Penjelasan Dr. Maza Mengenai Maksud Sebenar Nama DAMIA

Okey, ini pula adalah penerangan dan penjelasan daripada Dr. Maza tentang isu ini... Sumber ini aku dapatkan di laman facebook beliau.. [ FB DR. MAZA ]

Jom baca penjelasan penuh daripada beliau :-

Okeylah.. Isu ini dah pun terjawab.. So, lepas ni terpulanglah pada diri masing-masing pula sama ada nak tukar atau nak kekalkan nama tersebut.. Yang penting kita doakanlah yang baik-baik sahaja untuk anak kita...

Apa-apa pown lepas ni berhati-hatilah dalam memberi nama untuk anak-anak kita agar tak timbul lagi isu seperti ini.. Kekadang buku nama-nama indah dekat pasaran tu belum tentu betulnya lagi maskudnya.. Jadinya, untuk mengelakkan kejadian seperti ini, eloklah korang rujuk kepada pakar yang arif dalam hal ini.. Nama yang sedap disebut dan didengar belum tentu maksudnye seindah yang kita sebut dan dengar itu... Jangan hanya nak mengikut trend, anak pula yang menjadi mangsa kepada nama yang diberikan oleh ibu bapa.. Sama-samalah kita fikirkan ye..



8 comments:

  1. dari mn jak la isu ni timbul... thks sharing lea..

    ReplyDelete
  2. akak baru tahu pasal ni sis bila baca entry sis... anak akak pun ada nama damia.... thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Parents sekarang byk pilih nama anak sebab sedap sebut bukan maksud. Mohon semua alert dengan maksud :)

    ReplyDelete
  4. Nama anak Cikla Damia.. semoga menjadi anak yg bijak dan solehah....

    ReplyDelete
  5. Adoi.. Macam-macam orang sekarang ini..

    ReplyDelete
  6. Kdg tkde isu pn. Sbb satu sumber habeih d canang jd tk elok.

    Tp bg mek bgus bg name gini drp bg name pnjg pnjg smpai penuh ic budak tu. Dh nk jd mcm alamat dh name --'

    Tk de parents nak letak nama ank yg mksudnya tk baik. Btol tk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la...nama tu kan doa...klu maksud tidak elok baik tukar...betul kan? depa mufti...blajar agama tinggi dari kita...setiap yg depa cakap adalah hasil perbincangan ahli ulamak. kalau tak yakin dengan apa yang depa sampaikan tak tau nk kata la iman kita tu kt mana....jgn was2 dgn islam...cth rokok..islam kata haram...org islam dok isap gak mcm benda tu makruh...padahal time dulu2 nabi dpt wahyu berkenaan arak tu haram..terus sahabat hempas semua cawan, tempayan arak semua...sebab apa? sebab apa yg nabi, rasul dan mufti sampaikan tu adalah dari ALLAH swt juga. apa yang berlaku dalam dunia ini semua dengan izin dari-NYA.

      Delete
  7. Sebaik2nya, pilih la nama2 islam, kalau org islam la.
    Utamakan bahasa arab.
    Yg baik-baik maksudnya.

    ReplyDelete