Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR

Assalamualaikum wbt

Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR  |  Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun kerjaya.. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan juga hobi, tetapi mereka tidak menjadikannya hambar.. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran.. Anda mahu tahu rahsianya??

Enchanteur untuk hari penuh keajaiban

Inilah rahsianya yang aku ingin kongsi dengan semua wanita di dunia.. ENCHANTEUR... Siapa yang tak kenal dengan rangkaian produk ENCHANTEUR kan... Enchanteur telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.. ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan diri berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman perancis.. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita..

ENCHANTEUR, Langkah Mudah Untuk Hari Penuh Keajaiban

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori.. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara.. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekaligus menerbitkan pelbagai perassan termasuklah tarikan romantis.. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu..


Justeru itu, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan.. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda..

Rangkaian penjagaan diri Enchanteur Perfumed Shower Creme & Lotion

Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme.. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai setiap hari anda.. ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme ini bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda.. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih.. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesonakan ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan...


Untuk ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme, kali ini aku memilih untuk mencuba haruman ELEGANT pula.. Sebelum ini aku sangat setia dengan haruman Romantic dimana harumannya sangatlah aku gemari.. Kini aku ingin rasakan sesuatu yang berbeza dari kebiasaan, so aku memilih untuk menukar haruman Romantic kepada Elegant.. Dengan mandian Elegant ini aku mendapat ketenangan, kepuasan dan kesegaran sepanjang hari dengan haruman rose dan jasmine yang dapat membangkitkan semangat.. Korang pown patut cuba mandian dari haruman Elegant ni.. Ianya juga dapat memberi keyakinan pada diri untuk menjalani kehidupan seharian... Harumannya juga kekal sepanjang hari tau..


Bagi rangkaian penjagaan diri ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula aku terpikat dengan haruman ROMANTIC.. Sebelum ni aku tak pernah cuba lagi lotion dari ENCHANTEUR ni... Setelah aku bertukar kepada mandian Elegant, aku memilih untuk terus mendapatkan haruman Romantic melalui ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula.. Haruman Romantic sangat mempesonakan..

Selepas mandi, mesti aku akan menyapu ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk mendapatkan kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.. Losyen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda...

 Koleksi Penjagaan Badan Enchanteur Perfumed Roll-On Deodorant

Sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodorant atau semburan badan body mist.. Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian..


ENCHANTEUR Charming Roll-On Deodorant menjadi pilihan aku untuk perlindungan diri sepanjang hari.. Kenapa aku pilih wangian Charming?? Haaa ni sebabnya..

Enchanteur Charming Roll-On Deodorant caresses your body with its long-lasting sensual floral fragrance. It glides on smoothly with a quick-drying, non-sticky formula that helps prevent body odour to give you confidence and freshness all day long..

Koleksi haruman Enchanteur Eau de Toilette

Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu.. Jangan langkaui langkah tanpa wnagian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan... Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik.. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka, jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Perfume ENCHANTEUR mane yang menjadi pilihan aku agaknya ye??


Yeahh aku pilih ENCHANTEUR Celebrate Love sebagai wangian untuk diri aku.. Harumannya kekal sepanjang hari.. Aku sangat suka dengan baunya yang romantik.. Wangi!!

Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesonakan sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama..


HARGA RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ENHANTEUR

Rangkaian produk ENCHANTEUR dijual pada harga :-

 ENCHANTEUR Perfumed Shower  - RM 9.20 sehingga RM 13.65
 ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion  - RM 7.50 sehingga RM 21.00
 ENCHANTEUR Perfumed Deodorants - RM 4.90 sehingga RM 11.90
 ENCHANTEUR Eau de Toilette - RM 18.75 sehingga RM 33.50


WHERE TO BUY??

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi..


Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :-

Website

Facebook


Ada berita baik untuk korang ni...!! 


ENCHANTEUR ada menganjurkan sebuah Contest "ENCHANTEUR Creat Magical Moments Every Day" sehingga 30 November 2016 ini.. Banyak hadiah menarik untuk dimenangi.. Rugi tak join tau... 



Bagaimana nak menyertainya?? Haaa mudah aje.. Korang ikut je step seperti dibawah ni ye..!!


Mudahkan..!! So, ape tunggu lagi.. Create your magical moments everday... All the best..!!!


5 comments on "Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR"