9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Assalamualaikum wbt..

9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur  |  Tajuk kemain lagik ye.. Mane taknye, sejak kebelakangan ni aku rasa badan macam tak selesa sikit.. Lebih tepatnya rasa berat badan dah bertambah... Haha.. Camne lah jadi camtu?? huhuhu.. Manelah tak rasa macam tu, kalau dah tengah malam aku dok bedal meggi.. meggi.. dan meggi... Sebenarnya dah tahu tak elok tapi mulut nak makan, buatlah jugak..

Bila dah rasa badan sedikit tak selesa, timbul pulak kesedaran nak menggoogle, makanan ape yang tak sesuai diambil sebelum tidur.. Penting untuk kita tahu tentang ini sebenarnya supaya kita tak tersalah mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan kita.. Kesihatan perlu dijaga brooo.. 

So, jom kita tengok makanan apa yang perlu kita elakkan sebelum tidur..

9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Sumber : google


1. KOPI 

Sepertimana yang korang tahu, kopi mengandungi kafein yang tinggi dan ianya boleh menyebabkan korang susah nak tidur.. Bukan itu sahaja tau, ianya juga bersifat diuretic, yang menyebabkan korang kerap ke tandas dan mengakibatkan korang mudah terasa lapar.. Bila dah tengah malam terasa lapar, aku yakin korang akan selongkar apa saje yang ada dekat dapur untuk dimakan termasuklah junk food.. Awas!! Ini boleh menyebabkan berat badan naik ye.. Macam aku.. hahaa.. 

2. COKLAT

Untuk membuatkan hari rasa tenang dan gembira, ubat paling mujarab ialah dengan memakan coklat.. Tapi harus diingat ye, coklat juga tidak sesuai di makan sebelum tidur kerana ia juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi.. Bila korang makan coklat dengan berselera sekali, kandungan gula akan meninggi didalam badan dan akan membuatkan korang mudah terasa lapar.. Akibatnya, lagi banyaklah korang makan nanti.. Hehe..

3. KEJU

Keju adalah makanan yang perlu dielak sama sekali kerana keju mengandungi kalori dan lemak yang tinggi dan boleh menyebabkan kegemukan.. Keju juga akan memberi gangguan terhadap perut sekiranya diambil sebelum tidur seperti terasa sesak dan mual..

4. MAKANAN PEDAS

Perghh makanan pedas la sedap kan.. Tapi tak elok tau diambil sebelum tidur kerana kandungan cili dan rempah ratus akan menyebabkan perut korang mudah meragam dan paling kronik boleh menyebabkan korang mengalami heartburn atau dalam bahasa malayu nye rasa pedas di dalam dada.. Keadaan ini akan membuatkan korang sukar untuk tidur.. So, elakkan la ye..

5. KEK, AISKRIM & BISKUT

Elakkan makan makanan ini sebelum tidur kerana dengan memakan makanan ini kandungan gula didalam darah akan meningkat dan juga akan menambah tenaga mengakibatkan korang sukar tidur.. Sebaiknya gantilah dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan...

6. BURGER

Yang ni memang aku gemooo sangat makan.. Haha.. Tapi korang kena tau yang makanan ni kandungan lemak dan kalorinya sangatlah tinggi.. So, sangat tak elok ye makan sebelum tidur..Nanti bertambah pulak lemak dalam badan korang dengan kalorinya sekali.. 

7. KACANG & BIJIRIN

Bijirin adalah makanan yang sememangnya kaya dengan protein dan serat.. Sekiranya korang mengambilnya sebelum tidur, besar kemungkinan korang akan mengalami perut yang tidak selesa sepanjang malam kerana makanan ini mengandungi gas dan menyebabkan angin dalam badan..

8. SODA

Korang pown tahukan minuman soda ni bahaya untuk kesihatan kerana kandungan gula didalam minuman ini sangat tinggi.. Ianya boleh mengakibatkan sakit jantung dan diabetis sekiranya kerap meminumnya.. So, please say "NO" pada minuman ini.. Jaga lah kesihatan korang ye...

9. KENTANG GORENG

Fuhh ini satu lagi makanan yang syok bila time tonton tv.. Sempoii aje layan tv sambil kunyah kentang goreng.. Tapi tu lah, sebenarnya tak elok untuk kesihatan.. Kandungan minyak didalamnya akan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan dan boleh juga meningkatkan kolestrol.. Bahaya woooo.. So, ingat lah ye.. Jangan ikut sedap di mulut aje.. hehe..


Okelah.. Itu sahajalah yang aku nak bebelkan.. Sebelum makan ingat dulu kesihatan ye.. Pilih sesuatu yang berkhasiat untuk di santap.. Peace no war...!!



6 comments on "9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur"
  1. so makan nasi before tidur boleh la ni? aduh bad habit betul. haha

    ReplyDelete
  2. Siqah minum susu sebelum tidur. Okaylah kan. Hee

    ReplyDelete
  3. Coklat dn aiskrim --' cm mne nk elak. Tekat pkul 10mlm jgk yg dia nk bnda ni

    ReplyDelete
  4. Semua tu feveret Sha.. Tapi biasanya makan2 makanan nie sebelum pukul 9 malam..
    Kalau nak tidur sha minum air masak je..

    ReplyDelete
  5. burger tu mcm wajib je Unni makan sblm tido..hahahaha

    ReplyDelete