6 Petua untuk Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum wbt..


Punca Dan Petua untuk Atasi Rambut Gugur  |  Tadi dok sikat rambut, banyak pulak rambut gugur.. Terus terfikir untuk up entry tentang rambut gugur ni.. Rambut aku ni dah lama bermasalah keguguran rambut.. Puncanya dulu suka sangat buat rambut ni pelbagai gaya.. Sekejap rebonding.. Sekejap curl.. Pastu rebonding balik.. Pastu warnakan lagi.. Gile tak gugur.. Tapi itu dulu la.. Rambut aku boleh dikatakan totaly dah rosak akibat bahan kimia yang melampau.. Cumanya aku malas sangat nak amek port nanti boleh menyebabkan aku stressssss!!

Aku yakin dekat malaysia ni ramai orang mengalami masalah keguguran rambut kan?? Masalah keguguran rambut ni bukanlah berpunca semata-mata akibat penggunaan bahan kimia sahaja tetapi rambut berminyak dan berkelemumur juga boleh menyebabkan keguguran tau.. Ok, jom tengok apakah punca-punca lain lagi menyebabkan keguguran rambut ni..

Punca-Punca Rambut Gugur
  • Genetik
  • Tekanan/Stress/Sakit/Menjalani pembedahan
  • Horman tak stabil
  • Kekurangan Zat/Nutrisi
  • Pengambilan ubat-ubat yang tertentu
  • Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut, menggunakan ubat lurus dan kerintingkan rambut dan pelbagai lagi produk yang mengandungi bahan kimia yang boleh menggugurkan rambut
  • Melahirkan anak (kebiasaannya bersifat sementara)
  • Paras selenium dan Vitamin A terlalu tinggi
  • Tahap Estrogen rendah

6 Petua Untuk Atasi Rambur Gugur


Sekarang ni dah banyak ubat-ubat moden untuk mengatasi rambut gugur.. Tapi aku tak pastilah sejauh mana keberkesanannya kerana tak pernah mencubanya... Hurmm bagi aku baik kita cuba cara tradisional dulu kerana cara tradisional ni menggunakan badan-bahan dari alam semulajadi kan.. Tida bahan kimia.. Selamattt gituu.. 

Apakah petuanya?? Jom kite terjah..


PETUA 1

Limau Nipis


Limau nipis ni sememangnya banyak khasiatnya.. Ianya boleh menghilangkan kelemumur.. Kelemumur juga boleh menyebabkan rambut gugur... So, untuk elak rambut gugur kenalah cegah kelemumur terlebih dahulu... Bagi yang bermasalah kelemumur, bolehlah mencuba petua ni dengan menyapu/menggosok perahan air limau nipis ke kepala setiap 2 minggu sekali... Kena rajin dan tak boleh la angat-angat tahi ayam aje bak kata orang-orang tu.. Hehe..


PETUA 2

 Santan



Untuk petua ini, santan perlulah dilumurklan keseluruh rambut sampai ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang terbaik.. Perapkan dengan tuala selama setengah jam.. Biarkan ia berminyak dan meresap.. Kemudiam barulah basuh dengan air suam.. Cara ini perlu dibuat sebulan sekali sahaja.. Selain mengatasi masalah rambut gugur, santan juga dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut bersinar...


PETUA 3

 Daun Bunga Raya


Petua ni agak femes dikalangan kita.. Antara petua yang berkesan adalah dengan menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan air.. Kemudian dilumurkan ke seluruh kepala.. Lendir daripada daun bunga raya ni dipercayai dapat menyuburkan akar rambut... 


PETUA 4

 Kulit Tembikai


Tanpa kita sedar rupanya kulit tembikai pown ada gunanyakan.. Dengan menggunakan kulit tembikai yang bahagian dalam warna putih tu, korang gosokkan kulit tembikai tersebut pada kulit kepala korang... Biarkan dalam 30 minit supaya ianya meresap ke kulit kepala.. Lepas tu barulah boleh cuci..

Kalau korang nak biarkan semalaman pown boleh.. Sebelum masuk tidur tu korang buatlah cara di atas dan pakai shower cap atau balut dengan tuala pown boleh supaya airnya tak terkena bantal.. Keesokan harinya barulah cuci.. Amalkan petua ini sekali seminggu...


PETUA 5

 

Ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan ke rambut hingga ke kulit kepala.. Amalkan selalu, InsyaALLAH dalam masa 2 bulan rambut tidak akan gugur lagi malahan cantik dan sihat.. Daun lidah buaya ni  banyak khasiatnya tau.. Bukan takat mengatasi rambut gugur tapi dapat menyuburkan rambut dan mencantikkan rambut..


PETUA 6

 Air Rendaman Kacang Hijau


Oke, last sekali ni cara dia mudah aje.. Kacang hijau hendaklah direndam semalaman.. Keesokannya, tapis airnya dan sapu ke kulit kepala sambil korang picit-picit manja kepala korang tu.. Haha..  Petua ini boleh diamalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.. Kenalah rajin sikit tau.. 


Mudahkan dengan petua tradisional ni.. Tak perlu nak pening kepala untuk mencari bahan-bahannya.. Dekat mana-mana pown ada... Kalau macam aku, memang dah tanam siap daun lidah buaya dekat rumah supaya senang kalau diperlukan.. hehe.. Lagi pown cara tradisional ni lebih selamat tanpa bahan kimia.. Itu paling penting.,. 

Lagi penting dan paling utama adalah kebersihan rambut perlu dijaga... Bila rambut sentiasa dijaga dan bersih, rambut pown akan sihat dan menawan.. Tak gitu?? Ahakz..

Semoga petua-petua di atas dapat membantu korang yang mempunyai masalah rambut.. Selamat mencuba.. 😁

Selain dari petua tradisional yang boleh kita cuba, terdapat juga cara moden yang paling efektif untuk mengatasi penampilan rambut gugur.... Jom ambil tahu... 

TOPPIK | CARA PALING EFEKTIF UNTUK MENGATASI 
PENAMPILAN RAMBUT GUGUR  
   
rambut gugur, rambut gugur, punca rambut gugur, toppik, produk rambut gugur, cara efektif atasi rambut gugur


Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada www.toppikmalaysia.com/blog, rambut manusia akan gugur sebanyak 100 - 200 helai rambut setiap hari. Bilangan ini menunjukkan keguguran rambut yang normal. Namun begitu, ia menjadi bermasalah apabila rambut gugur secara berlebihan, ataupun rambut yang gugur tidak diganti balik dengan rambut yang baru. Keadaan keguguran rambut banyak berlaku dalam kalangan kaum lelaki, kemungkinan besar disebabkan oleh kesan genetik. Punca-punca yang lain termasuklah tabiat seharian yang tidak seimbang (contohnya pemakanan yang tidak seimbang, tidur yang tidak mencukupi) ataupun penyakit seperti keradangan di pora rambut. 


Untuk mengatasi masalah ini, seribu satu jenis cara pernah dicadangkan oleh pakar mahupun resipi rahsia tradisional, contohnya menggalakkan pertumbuhan rambut dengan makan ubat ataupun membasuh rambut dengan air yang telah dididih dengan daun pokok jambu batu. Cara- cara ini masih kurang efektif kerana rambut akan gugur apabila anda berhenti makan ubat yang sangat mahal tersebut dan keberkesanan cara kedua masih tertanya-tanya lagi. Berbanding dengan cara-cara yang telah dinyatakan tadi, Toppik Hair Building Fiber jauh lebih berkesan dan cepat dalam menjadikan rambut anda lebat dan cantik.



Seperti yang dinyatakan tadi, Toppik Hair Building Fiber amat digemari kerana ia cepat bertindak dan sangat berkesan untuk mengembalikan kelebatan rambut anda, malahan ia amat mudah digunakan. Bagi mereka yang pernah menggunakan produk-produk anti – gugur rambut atau pertumbuhan rambut pasti mengalami keadaan ini di mana rambut yang baru lambat sangat untuk tumbuh dan rambut yang tumbuh terlalu lemah dan mudah gugur.     Toppik Hair Building Fiber mampu mengatasi masalah ini kerana Fibernya diperbuat daripada keratin yang seiras dengan keratin rambut manusia, di mana ia mampu membentuk ikatan eletrostatik yang sangat kuat dengan rambut manusia dan juga sesama fiber. Ianya sangat kuat dan tidak akan sama sekali tanggal walaupun anda menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berbasikal mahupun berlari. Untuk mereka yang masih bimbang akan Toppik Hair Building Fiber yang telah ditaburkan pada rambut mereka, ikatan fiber masih boleh diperkuatkan lagi dengan menggunakan Toppik Fiber Hold Spray. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Toppik Fiber Hold Spray, saya cadangkan bahawa anda melayari ke laman web www.toppikmalaysia.com/shop.      


Toppik Hair Building Fiber bukan sahaja dapat menyakinkan anda dari segi kekuatan ikatan fibernya, malahan estetiknya juga mampu meningkatkan keyakinan diri anda di depan orang ramai. Walaupun dikatakan bahawa ramai individu yang berjaya terdiri daripada mereka yang botak, namun ramai di antara mereka yang rasa malu dan rendah yakin diri sebab rambut mereka yang makin berkurangan. Ianya lagi memalukan apabila produk yang digunakan untuk menutup kebotakan (contohnya rambut palsu) telah dicam oleh rakan-rakan. Dengan menggunakan Toppik Hair Building Fiber, anda tidak payah risau tentang keasliannya atau kesepadannya apabila berbanding dengan rambut asli anda. Ia seolah-olah menyerupai rambut anda yang original dan anda boleh membentuk stail rambut anda seperti biasa selepas anda menggunakannya. Dengan maksud yang lain, anda masih boleh kelihatan bergaya dan anggun dengan menggunakan Toppik Hair Building Fiber.  

Adakah anda ingin memulihkan keanggunan dan gaya pada satu ketika yang dahulu di mana rambut anda masih lebat dan cantik? Toppik senantiasa pilihan utama untuk anda. Layari www.toppikmalaysia.com untuk maklumat yang lebih lengkap atau Facebook : Toppik Malaysia... Untuk pembelian boleh terus Whatapps ke sales @ toppik di talian 0165120824..

19 comments on "6 Petua untuk Atasi Rambut Gugur"
  1. Boleh cuba ni... ena memang ada masalah rambut gugur.. terima kasih share

    ReplyDelete
  2. info yang bagus, yang pernah cuba pun guna limau nipis tu.. Yang lain2 tu belum cuba lagi heheh

    Jemput Singgah :
    Takwim / Kalendar Persekolahan Tahun 2017

    ReplyDelete
  3. 2,3 hari lepas post kat fb pasal rambut gugur... mungkin sbb ni kot Genetik
    Tekanan/Stress/Sakit/Menjalani pembedahan
    Horman tak stabil
    Kekurangan Zat/Nutrisi

    ReplyDelete
  4. baru tau kulit tembikai ngn kacang hijua tu pun bguna tuk kguguran rambut.. thks infonya..

    ReplyDelete
  5. one of main reason rambut gugur sbb kurang zink..btw veghi naiss info la lea..

    klu ikut cara Hsna yg pemalas ni Hsna just ambk protein dan zink..alhamdulillah mmg best la..

    ReplyDelete
  6. Okay.. petua banyak.. nak kena rajinkan diri je..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. tumpang tanya..kalau amal guna santan tuh sminggu skali bole x??..

    ReplyDelete
  8. Nak try dgn lidah buaya. Rambut saya nipis sgt sbb gugur terlalu banyak. Thanks for sharig!

    ReplyDelete
  9. Banyak pilihan boleh cuba..
    rasanya yang paling senang untuk saya sekarang ni limau nipis, santan, dan kacang hijau..
    nice sharing.. thumbs up..

    ReplyDelete
  10. haa.. seme tips tu pernah dengar tapi yang kacang hijau tu tak pernah lagik.. hee~ tpai logik jugak.. nanti boleh try..

    ReplyDelete
  11. alaaa...stress la ni...rambut gugur lg stress...huhuh

    ReplyDelete
  12. Banyak petua kena rajin kan diri jer nak buat ni

    ReplyDelete
  13. Petua yang no.1 dan no.2 memang saya selalu buat dulu tapi sekarang dah malas.. hihi anyway thanks sebab bagi petua yang bagus..

    ReplyDelete
  14. Setakat ni rambut saya belum lagi gugur.. tapi risau pula bila umur ni meningkat, nanti makin berkurang pula bulu rambut saya.

    ReplyDelete
  15. Shai personally guna santan, tapi yang serbuk lah. Simpan satu paket dekat bilik mandi, bila nak guna, ambil sedikit dan larutkan air suam sedikit dalam cawan. Mudah kerja :D

    ReplyDelete
  16. Bagus la entri ni, tapi Erni selalu guna limau purut instead of limau nipis sebab rasa jus dia lagi banyak and bau pun lagi kuat nak dibandingkan dengan limau nipis hehe. Apa-apa pun good sharing.

    ReplyDelete
  17. rambut aida lebat.
    tapi gugur pun boleh tahan lebat jugak, lea :) ha ha ha
    da lama dah try memcm petua tau.
    skang da tak kuasa dah :)

    ReplyDelete