Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda

Saturday, October 29, 2016

Assalamualaikum wbt..


Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda  |  Masalah Obesiti di Malaysia semakin membimbangkan.. Menurut kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan mendapati 47.7 peratus rakyat Malaysia dewasa yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan OBESITI.. Lebih membimbangkan , tahap obesiti di Malaysia mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu 17.7 peratus berbanding peringkat global yang berada pada bacaan 13 peratus... 


Malaysia mencatat peratusan tertinggi


Keratan Akbar tentang Obesiti



Sumber Foto : Google


Kita juara diabetes, obesiti!! Oh my... Tengok pada statistik di atas, masalah obesiti di Malaysia ni memang ditahap kronik dan paling tinggi di Asia.. Salah satu penyumbang terbesarnya adalah kerana di Malaysia ni kaya dengan pelbagai makanan.. Rakyat malaysia memang suka makan.. Mungkin sebab itulah tahap obesiti di negara kita ni, TINGGI..!! 

Mana taknya, bila dah makanan macam-macam depan mata ofkos la nak makan.. Bila dah makan sampai tak ingat dunia.. Bila tak ingat dunia dah terkena obesiti.. Siapa yang susah?? hehe.. Korang kena tahu, OBESITI NI BAHAYA.. So, untuk tidak mengalami OBESITI, kita kena ubah gaya hidup kita.. 

Macam mana nak ubah?? 

Jom baca sampai habis..!!

KENALI OBESITI


OBESITI adalah sejenis 'penyakit'.. Obesiti adalah masalah dunia moden... Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu.. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena 'Obesogenic' adalah :-
  • Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses
  • Makanan tinggi gula
  • Nutrisi yang rendah
  • Kurang aktiviti fizikal

Metabolisme kacau.. hormon tak seimbang.. All haywire.. Pengurangan kalori sahaja pun kadang kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik.. Inilah dinamakan 'Peperangan Alaf Baru!'...

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :-

BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) - Lelaki
> 80 cm (35 inch) - Wanita

OBESITI adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu..

ANDA DIKATAKAN OBESE APABILA :-

Wanita
Peratusan lemak badan >32%

Lelaki
Peratusan lemak badan >25%


BAHAYANYA OBESITI!!

OBESITI berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit seperti :-
  • Diabetes (Kencing Manis)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Kolestrol Tinggi
  • Penyakit Jantung Koronari
  • Stroke (Angin Ahmar)
  • Batu Hempedu
  • Kanser Payudara
  • Kanser Prostat
  • Kanser Kolon (Usus Besar)
  • Masalah Pernafasan (Respiratori)
  • Masalah Muskuloskeletal
  • Vena Varikos
  • Masalah Kulit
  • Osteoarthritis
  • Penyakit Alzheimer's
  • Gout
  • Sleep Apnea
  • Infertility (Ketidaksuburan)
  • Masalah Psikologi (Kurang keyakinan diri)
  • Depressi

PERLU TAHU JENIS-JENIS LEMAK


Lemak oh Lemak!!

Pernah tak korang cuba diet beberapa minggu tapi tak turun-turun jugak berat badan.. Ada yang turun tapi nak turun 1-2 kg pown susah!! Pernah??

Bila dah macam tu keadaannya, mesti selepas 2-3 bulan, korang dah give up dan berkata-kata sendiri..."Jaga makan pown tak turun-turun jugak berat badan ni".. dan paling menyedihkan lagi korang terus kembali kepada cara hidup yang lama.. Adoiii!!

Kenapa jadi macam tu??

Hurmm korang kena tahu ni...

Sebenarnya, tak semua jenis lemak tu sama.. Dalam badan kita ni terdapat 3 jenis lemak.. Meh aku cite kat korang... Baca sampai habis ye.. Penting ni!!!

1.  Lemak Untuk Struktur ( Structural Fat )

Ini adalah 'Lemak Baik'.. Eh! Lemak pown ada baik jahatnya ye.. hehe.. Okeh, 'Lemak baik' ni penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2.  Lemak Normal ( Normal Fat Reserve )

Ini juga 'Lemak Baik' ye.. 'Lemak baik' ini adalah di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan... Fungsinya adalah seperti 'Tangki Tenaga'... Cam powerbank handphone kite tula ibaratnya.. Cas-cas, simpan dan bila diperlukan kita guna.. Hiks..

3.  Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )

Haaaa ni 'Lemak tak berapa nak baik' ye.. Ianya dikenali sebagai 'tisu adipose'. Lemak ini adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit, dan 'berlipat-lipat' di tubuh kita..!! 

Cuba check di tubuh badan korang sekarang.. Ada tak terlihat kelibat Lemak Abnormal ni??Kalau ada, korang kene bertindak sekarang membenterasnya dari terus berleluasa di tubuh badan korang itu.. Haha~!!

Untuk pengetahuan korang lagi, Lemak Abnormal ini sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan mengganggu sistem tubuh badan kita.. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga!!

Kesimpulannya??

Jadi, korang nampak tak kat sini, bila korang berDIET 1-2 bulan pertama, Lemak Normal yang mula dibakar tetapi Lemak Abnormal akan kekal di situ!! Ia hanya dibakar dalam keadaan 'kebuluran' sahaja..

Macam mana nak menggerakkan Lemak Abnormal yang terlebih DEGIL tu??

Jawapannya adalah dengan menggunakan hCG.. 

hCG???

hCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk 'menggerakkan' Lemak Abnormal yang DEGIL..


KENALI hCG

APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada dalam keadaan 'kebuluran dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 - 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah 'sex homon'. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita...

Ia juga bertindak sebagai 'Kunci' untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan...


FUNGSI hCG MERAWAT OBESITI

Rawatan hCG ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. hCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus...

Hipothalamus :-
  • berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). 
  • mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan 
  • membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbagan cecair badan, selera makan dan berat badan

Untuk merawat Obesiti, hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan seperti lemak yang terkumpul di perut, punggung, peha dan lengan..

PRINSIP RAWATAN hCG 


Dalam rawatan ini, hCG akan dikombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet yang sihat... 

Diet Rendah Kalori & Prinsip Diet Sihat??

1. Seperti DETOX program

2.  Diet yang perlu diambil adalah seperti berikut :-
  • Diet yang sihat
  • Tanpa gula
  • Karbohidrat yang sihat
  • Tanpa makanan segera atau terproses
  • Rendah lemak
  • Tiada minuman berkarbonat

3.  Dibekalkan manual dan menu pemakanan diet sihat


KEBAIKAN PROGRAM INI

  • Membantu membuang lemak-lemak lama
  • Membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus)
  • Menurunkn berat badan
  • Inch Loss - saiz baju akan berkurangan antara satu @ dua saiz yang lebih kecil
  • Membantu menyeimbangkan metabolism badan... 
  • Metabolism badan dapat ditingkatkan ke satu 'setting' yang baru sekiranya mematuhi program ini dan sekaligus akan mengelakkan berlakunya kesan 'YoYo' iaitu kenaikan mendadak setelah berhenti rawatan program..
  • Anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga.. 
  • Merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan.

LAIN-LAIN KEBAIKAN

1.  Dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan seperti :-
  • tahap guna dalam tekanan lebih stabil
  • penurunan tahap kolestrol
  • tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut
  • tidur lebih baik
  • tenaga meningkat
  • complexion dan tone kulit yang lebih cantik
  • tiada lagi 'food craving' terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh.

2.  Membantu untuk mendapatkan emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga

3.  Memperbaiki tahap radang dalam badan dan masalah metabolisma lain


BERAPA BERAT YANG BOLEH TURUN?

Korang mesti nak tahu berapa jumlah berat badan yang akan turun melalui program ni kan??.. Oke, potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari.. Bergantung kepada individu juga tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 HARI..!! Oh my!! Bestnyeeee...

Ada lagi yang best tau.. Rawatan ini juga boleh disambung terus untuk cycle ke-2 iaitu 46 hari dengan potensi pengurusan sehingga 15-20KG...!!

Best ohhh!!

So, apa tunggu lagi jom la kita sertai Program Mudah Kurus Dr Malinda ni ramai-ramai kerana rawatan hCG ini adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan.. Rugi tau tak join!!


Jom Kenali Dr. Malinda

Dr. Malinda Mohd Ali adalah Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellens Sdn. Bhd., Health & Training Consultancy.. Beliau mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai Doktor Perubatan dan telah menjalankan program hCG ini sebagai 'slimming coach' selama 4 tahun.. Beliau telah membantu lebih daripada 300 orang klien mencapai berat badan yang ideal..

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan obesiti boleh la menyertai program ini.. Rawatan hCG ini adalah SELAMAT.. Jadi, korang tak perlu risau akan ketidakselamatannya... 


PERLU DIINGAT!!

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian korang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik!!

SET MINDA KORANG!!

23 atau 46 hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak dan detoksifikasi.

TIPS KEJAYAAN

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz korang sekarang..

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi LEBIH SIHAT untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu dan keinginan!! Ini adalah proses untuk RESET Hipothalamus...


TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA

Ramai dah ke yang berjaya dengan program ini??

Kalau nak tahu jom kite selongkar testimoni dari mereka yang dah berjaya mencapai berat badan yang ideal melalui program ni..

Transformasi Klien melalui Program hCG :-

Cikgu Azlizah

Pn. Amy

En. Saiful Nizam



Apa kata mereka??


CLIENT 1
Pn. Farah Farhanah


Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...

OBESITI....

Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...

Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...

Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...

Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...

"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...
Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???

Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...
"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."

Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...

Paling tragis...

Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...

"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"

"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"

Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa? 


****************************************************

Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:-

*join 1st cycle hcg program under doc malinda
*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg..(best giler kot...hahaha...)
*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...
*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...
*variation of exercises...kene rajin...the best early morning...
*consume best suplement suggested by doc malinda.
*do my best eat clean food and istiqomah
*stay positive, avoid stress thing and people
*always keep in touch with our support group
*of course beli, tempah dan alter baju2 sluar2 kain2 dlm wardrobe..

Skrg aku jadi pemilih...cerewet...bijak...semuanya dr segi apa yg nak masuk dlm bdan aku...baik makanan baik minuman baik suplement...sukar awalnya tapi hati kene cekal sebab aku dh nmpk perubahan besar dan positif dalam hidup...

*kebas tangan hilang
*gegata langsung hilang (klu dl seminggu paling2 skali wajib kene)
*berat hampir 16kg turun
*inch loss sgt ketara
*kulit makin cerah dan muda
*hidup makin happy
*even belum capai berat ideal tp mcm doc malinda ckp...tak perlu tunggu jadi sempurna utk inspire org lain.
*even masih belum ad rezeki pregnen...aku dpt jaga suami tersayang Mirza Mohamed dgn baik dan guide dia utk healthy life jg.





CLIENT 2
Pn. Suriya


Salam Jumaat yang penuh barokah...

Melihat foto ini,,terpanggil aku untuk mengimbau keadaanku lebih dari setahun yang lalu..
Memiliki berat badan lebih dari 100kg??..apa yg kurasa??
Ianya hanya..igauan yang melukakan;

*Sukar untuk beribadah..solat pun sering duduk,,
*Penyakit datang bertimpa timpa..1..2..3..4..5,,
*Hilang keyakinan diri,,
*Tekanan perasaan,,
*Sering jadi bahan gurauan...(so irritating)
*Hati sakit...jiwa pedih..

Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..

Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..

Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.

Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..

*Let the photo speaks by itself*
#hcgdrmalinda
#ldl

#jihadsihat



BAGAIMANA NAK JOIN PROGRAM INI??

Mudah saje, untuk join Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda ini, korang boleh terus ke :-


Website

Facebook

Direct Call ke :-
+60 17 508 4430

Email

#DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat


"Selamat tinggal kehidupan lama yang tidak sihat"


4 comments:

  1. Huishh bagus program ni. Sesuai dengan ena.. Thanks share.. Banyak input ni

    ReplyDelete
  2. banyaknya input pasal lemak. nice sharing lea :)

    ReplyDelete
  3. Alamak hai... Kena disiplin betul ini..
    Sha main zumba je.. boleh dak??
    Hahaha.. susah sikit nak kawal makan..

    ReplyDelete
  4. Bagus program nie tapi hati dan semangat blum kuat lagi..huhuhu camne tue.. Minuman manis mmg dah lama avoid walaupun ada jugak pengambilannya tapi memang sikitla, yang takleh tahan tue, makan segala ubi kentang, bukan yang frozen tue, tapi buat rebus atau goreng sendiri.. camne tue...? hehehe

    ReplyDelete