Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan

Saturday, October 15, 2016

Assalamualaikum wbt..


Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan  |  Lama dah rasanya aku tak update pasal buku... Baru-baru ni aku ke kedai buku Popular teman member aku.. Dia nak beli novel.. Pada awalnya sekadar teman sahaja.. Last-last aku terjebak sama membeli buku.. Aduiii.. Aku dan buku tak dapat dipisahkan.. Hajat hati nak berpencen dah beli buku sebab dekat rumah banyak lagi buku yang belum dihabiskan pembacaannya.. Ni dah tambah lagi.. Dah tanam dalam hati "stop beli buku dulu.. Baca habis dulu yang mana ada baru beli lagik lepas tu"... Hurmmm ketabahan kecundang juga akhirnya.. Jom la tengok apa hasil tuaian aku di Kedai Buku Popular tu..

Move On karya Reyna Ibrahim

MOVE ON

Buku pilihan aku.. Aku tak pasti kenapa aku beli buku ni.. Time aku pegang buku ni dan belek isi dalam, aku terus rasa nak beli dan baca.. Ada sesuatu yang menarik di dalamnya.. Kisah benar.. Tentang sebuah penceraian dan bagaimana penulis bangun kembali dari kegagalan.. MENARIK!! Rasa ingin tahu bagaimana penulis Move On dari kegagalan yang dia alami, membuak-buak.. Jadi aku batalkan nekad aku yang tak nak beli buku kepada nak beli buku MOVE ON ini... Haha..

Cover belakang Move On

Isi Kandungan Move On

Sebetulnya aku belum habis baca buku ni.. Aku tengah menelaah buku ni.. Setakat apa yang aku baca memang menarik dan penulisan penulis pown sangat baik.. Mungkin sebab penulis adalah seorang guru... Hiks.. Banyak pengajaran yang penulis kongsikan dalam buku ini.. Buku ni sangat sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berada dalam kegagalan hidup dan ingin bangkit kembali dari kegagalan tersebut..... 

Kata-kata semangat


Sajak penuh makna


Biodata penulis..

Dalam buku ni bukanlah sekadar penceritaan kisah hidup semata-mata.. Terdapat juga kata-kata semangat diselitkan sebagai panduan pembaca dan juga sajak yang penuh makna tersirat.. Muka surat last sekali, kita diperkenalkan dengan penulis buku ini.. Reyna Ibrahim... Tak rugi aku beli buku ni.. Best dan rasa bersemangat bila baca buku ni.. Serius beb..!!


SEMUSIM DI BARZAKH

Buku kedua menjadi pilihan aku adalah Semusim di Barzakh.. Tajuk yang agak mengerikan.. Tapi itulah yang kita sebagai makhluk ALLAH akan lalui bila tiba masanya nanti.. Apakah isi kandungannya?? Meh tengok..


Banyak juga isi kandungannya.. 21.. Aku tak dapat nak komen apa-apa tentang buku ni sebab aku belum start baca lagi.. Nanti dah habis baca insyaallah aku akan buat satu lagi entry tentang buku ini...

Cover belakang berserta sinopsis

Kenapa aku beli buku ni?? Hurmm aku memang suka beli buku berkaitan hari akhirat.. Tentang alam barzakh... Tentang Syurga.. Tentang Neraka... Tak tahu la kenapa.. Mungkin aku nak tahu bagaimana keadaan disana.. Walaupown dalam buku hanya gambaran tetapi ianya tetap memberi kesan keinsafan pada aku.. Jom kenali penulisnye pula.. 

Biodata Hadi Fayyadh

Firstime aku beli buku karya Hadi Fayyadh ni... Tak tahu la penulisan penulis ni menarik atau tidak.. Sebab aku belum lagi baca buku ni.. Harapnya buku ni dapat beri keinsafan jugak pada aku yang tak berapa nak insaf ni.. Adehhhh!!

Ok la.. itu aje nak kasi tau korang.. Hehe.. Babai...


6 comments:

  1. Move on! Siqah ada tengok buku ni hari tu. Tapi tak beli lagi sebab dah beli buku lain. Hehe. Nice review lea :) Siqah pun tak dapat tahan drpd beli buku walaupun ada lagi buku tak baca. Hehe. High 5! 😁

    ReplyDelete
  2. Buku move on mmg best, pernah baca kawan beli..

    ReplyDelete
  3. Move on tu nampak menarik...
    semusim di barzakh memang dalam list nak beli..
    Nak masukkan move on jugalah..

    ReplyDelete
  4. Bestnya! lma x shopping buku dh..ingtkn move on ke Barzakh..itu seram..tp sesuatu yg psti dihadapi.huhu..

    ReplyDelete