Mengidam Roti Arab Suria Perdana

Assalamualaikum wbt..


Mengidam Roti Arab Suria Perdana  |  Malam ni selera agak pelik sikit.. Tekak rasa nak makan Roti Arab Suria Perdana.. Dah beberapa hari sebenarnya hajat tekak aku ni tertangguh.. Hari ni baru tertunai.. Hehe.. Perut tak de la lapar mana, cuma tekak aje mengada-ngada.. Dah macam orang mengandung mengidam aje.. Huhu..

Kalau sebut Roti Arab, automatik otak ingat Suria Perdana.. Aku suka Roti Arab dia.. Best.. Kari dia pown best.. Kari ayam empuk lembut gituu... Tadi aku order 2 keping roti arab... Satu untuk aku dan satu lagi untuk Qhaliff.. En somi?? Hehe Dia tak nak makan sebab udah makan nasik dekat rumah.. Haha.. Rugi ohh.. Tapi tak rugi mane gak sebab yang anak punye habis dia bedal.. Huh..!!

Selain Roti Arab, nasi dagang dan nasi kukus pown sedap tau kat situ... Tetapi menu paling femes di Suria Perdana sebenarnya adalah Nasi Kukus.. Aku tak makan nasi kukus hari ni, so tak dapat lah aku nak up gambar Nasi Kukus Suria Perdana yang sodap itewww!! Hehe

Restoran Suria Perdana Kuantan

Inilah restoran yang aku maksudkan tu.. Ianya terletak berdekatan dengan Shell Bukit Rangin, Kuantan, Jalan Bypass.... Kalau korang kebetulan lalu dekat situ boleh la singgah dan cuba makanan dekat situ.. Meh aku kasi alamat.. hehe

Restoran Suria Perdana
Lorong IM 16/1, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang


Sementara menunggu makanan sampai, layan dulu kerenah si kecik ni.. Kejap berdiri kejap duduk.. Adoiiii tak senang duduk sekali dia.. Seb baik time makan tadi en. somi yang pegang dia.. Dapatlah aku santap Roti Arab dengan selesa.. Haha.. 


8 comments

  1. wahhhh dah malam2 ni lapaq perut tgk roti arab ni... lama tak pekena hi hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap roti arab tue, nanti kalu pegi ke kuantan nak singgah la... =)

    ReplyDelete
  3. Jauh nak p nie. Hee. Siqah tak pernah cuba roti arab. Nanti siqah cuba :)

    ReplyDelete
  4. comelnya qhaliff..waaah..sedapnya!terliuq tengk.

    ReplyDelete
  5. Alahai.. dia tayang roti arab pula...
    Jeles Sha tau..
    Tapi bila ada anak nie, memang kena bergilir makan...
    Kita makan en.suami la yang pegang anak2.. hehehe..

    ReplyDelete