Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie

Assalamualaikum wbt..


Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie  |  Perencah ni aku dapat hasil dari menang bergiveaway... [SINI] Sekian lama kowt dah dapat tapi baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya... Firstime cuba ni, bila buka aje penutup botol, dah terbau aroma yang sangat menyelerakan.. Tu belum lagik makan tu.. Baru baunya aje.. Haaa... Kebetulan ikan ada 2 ekor lagi dalam peti dan tak tahu nak masak ape.. Terpandang la perencah ni yang dah sekian lama bertapa dalam peti tu.. Kesian dia kowt.. Terus aje plan nak masak ikan bakar guna perencah ni.. Tak berapa nak bakar sangat la sebab dok panggang dalam pemanggang ajaib.. Haha..


Cara penyediaannya sangatlah mudah ye kengkawan.. Semudah minum air masak.. hehe.. Nampak tak kat gambar tu cara-cara memasak..?? Kalau tak nampak, tak pe aku taip dekat sini.. hekkk!!

CARA-CARA MEMASAK

STEP 1
Bersihkan ikan/ayam/daging/makanan laut

STEP 2
Lumurkan ikan/ayam/daging/makanan laut dengan perencah

STEP 3
Letakkan di dalam dauh pisang atau kerajang aluminium..

STEP 4
Bakar dengan api sederhana

STEP 5
Sida untuk dihidang

Aik kenapa dekat botol ada 3 step aje, yang ko beri 5 step lak?? Haha.. Sebab aku dah pecahkan step 3 tu menjadi lebih terang dan jelas supaya korang lagi terer bila memasak nanti.. Haha..


Tu dia, aku guna ikan kembong aje.. Daun pisang dan perencah.. Wah mudah gile kowt.. Masak sambil pejam mata jerk ni.. Haha..


Ehhh sopan lak aku bungkus ikan.. Tapi nampak ekor la.. Haha.. Nak buat macam mana kain singkat... Sotskirt lah katakan.. Hiks.. Alah janji berbungkus ye dak.. Dah lumur perencah kasi bungkus sama dia yeee... Guna api perlahan je tau.. Kang kejong pulak ikan tu... 


Dah siap pown ikan bakar perencah tengku tie ni.. Boleh la ngap.. Tadi aku pekena ikan bakar ni dengan nasi berlaukkan daging goreng dan sayur campur.. Perghhh bertambah siott.. Memang terbaikk la perencah ikan bakar tengku tie ni.. Terbuka selera 360 darjah tau... Dah la baunye sangat menyelerakan... Tak rugi menang GA.. Haha..

Mesti korang nak cuba jugak kan.. Haaa tak yah nak malu-malu nak cakap... Nak cuba kannn.. Kalau nak cuba korang boleh la berhubung dengan Kak Atie di facebook atau blog beliau seperti dibawah ni...



4 comments