Train To Busan Filem Seram Sedih

Assalamualaikum wbt..


Train To Busan Filem Seram Sedih  |  Korang dah tengok filem ni?? Aku baru jerk tengok minggu lepas kalau tak silap.. Hehe.. Biasala aku ni selalu terlepas train.. Orang dah sampai kemana-mana.. aku baru terkedek-kedek nak tengok... Ahakz.. Nak buat camne, tiada masa untuk bersenang-senang sambil menonton.. Aku dapat tengok haritu pown sebab, Si kecik tu dok layan sekali cite ni.. Kalau tak memang tak dapekkk leee aku nak menonton.. Entah camne dia ralit pulak tengok cite Train To Busan ni.. Huhuhu.. Mungkin dia tengok banyak orang berwajah pelik-pelik lam tu kowt... Maksud aku antu-antu yang ada dalam filem tu laa.. Huhu..


Okeh-okeh, aku nak buat review sikit pasai filem ni.. Cewahhh.. Pada mulanya aku dengar kengkawan dok bercerita sal cite ni mereka cakap cite ni cite sedih.. hoh Aku dengan rasa peliknya terfikir, takanla cite antu leh pulak sedih.. Mengarut aje... Lepas aku tengok ramai blogger dok buat review pasal filem ni, ehh datang pulak keinginan nak tengok filem ni jugak.. Nak nak lagik dekat rumah en somi pown dok layan cite ni kat HP dia.. Haisss tak leh jadik ni.. Terus aje mintak kat en somi nak tonton jugak.. Huhu..


Sebelum tengok tu, usha dulu hero dia.. Hehe.. Aku bukan kenal sangat pelakon-pelakon korea ni.. Aku bukan peminat tegar cerita korea.. Dulu-dulu time sekolah and time ngah membujang dulu penah la jugak layan korea.. Full House.. Entah ape lagik. Ada la 2, 3 agik filem yang aku layan.. Firstime tengok hero korea filem Train To Busan ni, tak dela hensem mane.. Tapi dah lama-lama tengok ok pulak.. Huhu.. 

Starting cerita, aku rasa cite ni biasa je.. Siap kutuk-kutuk agik.. Sebab en somi cakap cite ni best.. Sedih.. Ape kebendenyeee cerita seram tetiba sedih pulak.. Hadoiii... Pastu en. somi sound tepet dekat aku, dia cakap cubala tengok dulu.. Baru tengok dah kritik.. Haha.. Ko nampakkk!! Dah kene aku.. kiki.. Aku pown teryuskan tontonan dengan kusyuknye... Lastnye aku sendiri dah syiokk sangat tengok filem ni.. Makin lama makin excited...


Setiap kali mangsa nak bertukar menjadi zombie, rasa gerun pulak aku tengok.. Anak aku tak berkutik dia tengok.. hehe.. Pada mulanya aku agak menyampah dengan perangai hero tu yang pentingkan diri sendiri... Siap aku marah-marah lagik perangai tak semenggah dia tu.. huh... Aku teruja sangat tengok abang sado dalam filem ni.... Tak ingat pulak aku pada nama watak dia dalam filem ni.. Tak menghafal la pulak aku.. Yang ada isteri ngah mengandung tu.. Korang mesti taukan nama dia.. hehe... 

Abang Sado yang gagah berani bersama isterinya..

Pada mulanya aku ingat abang sado ni la watak yang pentingkan diri memandangkan dia nampak cam bengis dan sombong.. Rupanya dialah hero yang hebat dalam filem ni.. Banyak membantu dan melindungi semua.. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan rakan-rakan dia yang ada dalam Train tersebut.. Sedih betul masa tu... Aku rasa nak menangis tapi aku tahan sebab takut kene bahan dengan en somi.. hiks.. Kuang ajo betol cite ni sebab buat aku sedih.. Haha..


Arghhhhh!! Aku tak boleh tengok orang tu ni.. Kejam gile.. Pentingkan diri... Isk.. Tak boleh la aku.. Dia ni jahat sangat dalam filem ni.. Dia hanya pentingkan diri sendiri... Gunakan orang lain untuk keselamatan diri dia.. Janji dia selamat.. Lastnya jadi jugak ko zombie.. Padan muka.. Huh.. Dah jadi zombie pown jahat tak hilang agik tu.. Haha.. Pergi pulak dia gigitnye tangan hero... Dah pulak hero jadi zombie...


Last sekali la part paling sedih... Hero dah kene gigit dengan zombie paling jahat a.k.a selfish tu.. Bermakna hero pown akan menjadi zombie jugak... Part dia nak pergi dari anak dia dan terjun dari Train tu la yang sedih... Anak dia meraung panggil dia.. Allahuakbar.. Sedih betul time ni.. Dah la anak dia hanya ada dia aje sebagai pelindung dalam hidup dia.. Mak pown tataw kemana terus sepi sekuntum mawar merah.. Ni pulak ayah dah jadi zombie dan mati... Huhu.. Yang selamat hanyalah Anak hero dan Isteri abang sado.. Tu pown nyaris-nyaris nak kene tembak dengan tentera dekat Busan tu.. Kalau tak sia-sia jerk dorang selamatkan diri...

Haisss tragik betul la cite ni... Korang tengok sendiri la baru dapat rasa apa yang aku rasa.. Hehe..


1 comment

  1. hahahaha sempat tengok awal2je. uhuk. tapi dengar cerita ada sambungnya kut?

    ReplyDelete