DASHING ADVENTURER Edge 2.0 - Wangian Untuk Lelaki Sejati

Tuesday, September 13, 2016

Assalamualaikum wbt


DASHING ADVENTURER Edge 2.0 - Wangian Untuk Lelaki Sejati  |  DASHING adalah salah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki di negera ini.. DASHING juga adalah pengeluar pelbagai dandanan lelaki yang lengkap yang sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama dengan harga yang berpatutan dan kini DASHING melancarkan semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodarant, EDT dan wangian Roll-On.. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya kepada mereka yang aktif.. Kini Dashing Adventurer 2.0 didatangi dengan 2 variasi iaitu BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.. 


Jom kita kupas satu persatu variasi haruman yang ada... 


BOLD 2.0

Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin dan mengasyikkan!

BOLD 2.0 ini sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka.. Kenyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.. 


EDGE 2.0

Bagi haruman variasi EDGE 2.0 pula, lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat "woody". Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan dengan segera memberikan anda kesegaran.

EDGE 2.0 adalah perlambangan lealki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman... Mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi sekaligus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka..


Jadi, yang mana satu pilihan anda?? hehe.. Bagi aku, wangian yang menjadi pilihan aku untuk suami aku adalah wangian EDGE 2.0.. Harumannya sangat menyegarkan.. Aku suka bauan dari EDGE 2.0..

EDT, Deodarant dan Roll-On dari variasi EDGE 2.0

Eceli, sebelum ni memang encik somi pakai Dashing.. Aku rasa semua jenis haruman dia dah pernah cuba.. Tapi yang dia paling suka adalah haruman Cool... Dia sangatlah setia ye dengan haruman Dashing Cool sebelum ni.. Setelah aku perkenalkan dia dengan Dashing Adventurer 2.0 ni, dia dah beralih minat dah kepada haruman EDGE 2.0.. Best katanya... Wangiiiii sepanjang hari.. Ahakz..!! 


EDT EDGE 2.0

Setiap bulan, barang yang wajib dibeli oleh encik somi adalah minyak wangi Dashing.. Dia memang peminat minyak wangi Dashing.. Dah cuba try jenama lain, tapi tak se'best' minyak wangi Dashing katanya.. Sebab itu lah dia setia dengan produk Dashing sehingga sekarang.. Bermula bulan depan bertukar variasi la pulak dia.. Dari Dashing Cool kepada Dashing EDGE 2.0 pulak.. 


Untuk deodarant pulak, dia memang tak pakai deodarant sebelum ni sebab katanya melekit dan miang kulit... Baru-baru ni aku paksa dia cuba deodarant EDGE 2.0 ni.. hehe.. Dah di paksa, sembur la jugak dia untuk sedapkan ati aku.. Haha.. Tapi bila dah cuba, dia cakap Deodarant Dashing EDGE 2.0 ni tak sama macam deodarant yang lain.. Tak melekit.. Tak miang dan gatal kulit.. Bestttt katanya lagik.. huhi,..!! Aku pown cite la kat dia kenapa Deodarant Dahsing EDGE 2.0 ni ohsem sangat!! Haaa korang nak tau tak kenapa..?? Teruskan membaca sampai habis yek..


Deodarant Semburan 'NO GAS'

Dashing Adventurer memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik - Deodarant semburan 'NO GAS' yang pertama di Malasyia... Berbeza dengan semburan deodarant tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan 'NO GAS' ini mengandungi pati deodarant tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 760 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan, Selain daripada memberi manfaat 6 dalam 1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos!! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari..

No GAS!!

Terbaikkan deodarant dashing ni.. Dengan teknologi baru 'No Gas' ni, dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna.. Paling penting pengeringan dengan segera dan tahan lebih lama.. hehe Jimat sikit ohh!!


Selain itu juga, Dashing Adventurer mengeluarkan Roll-On dari variasi yang sama iaitu EDGE 2.0.. Roll On ni pown best tau.. Cepat kering dan harummmmm gituu... Keselesaan sepanjang hari tanpa bau badan.. Biasa la, cam encik somi aku tu, dia kerja kengkadang tengah panas.. Berpeluh-peluh... Sebab tu la dia suka sangat pakai Roll On Dashing ni, sampai petang pown badan tak berbau.. Memang tahan satu hari lah... Terbaikkkkk ko Dashing!!

Oke lah.. Itu saje yang aku nak bebelkan tentang encik somi dan dashing 2.0 nya... Ohh ye, satu lagik, aku suka pembungkusan baru Dashing Adventurer ni.. Pembungkusan baru ni merangkumi pelbagai warna bertenaga bagi aku dan dihiasi pulak dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik.. Nampak sangat eksklusif... Bertambah eksklusif dan elegen dengan permukaan kotak bertekstur...

Kalau korang perasan dekat kotak Dashing EDGE 2.0 terdapat cetakan tayar kenderaan pacuan 4 roda.. Itu sebagai lambang sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.. cewahhh!! Terasa hebat pulak.. haha..


Berapa harga setiap produk Dashing EDGE 2.0 ni?? Okeh, jom sekodeng harga...

HARGA SETIAP PRODUK DASHING EDVENTURER

EDT 50ML 
(Variasi : EDGE 2.0 & XTREME)
RM 18.90 
termasuk GST

EDT 100ML 
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 34.50
termasuk GST

DEODARANT 'NO GAS' 150ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 18.90 
termasuk GST

ROLL-ONs 40ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 6.50
termasuk GST


Untuk maklumat lanjut sila terjah terus ke :-


Website

Facebook

Instagram



DASHING ADVENTURER 2.0

"Inovasi terunggul yang pertama di Malaysia"
"Dapatkan kepuasan 2 kali ganda dari deodarant anda"


1 comment: