Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod

Friday, August 12, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod  |  Holaaaaa.. Selamat petang korang..!! Ngah buat ape tuuuu?? Ehh korang, tengok tak drama Sayangku Kapten Mukhriz?? Best tak??... Drama ni ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia... Drama ini juga adalah adaptasi sebuah novel yang berjudul Anugerah Terindah yang ditulis oleh novelis Sophilea... Ehh ehh ada 'Lea' la kat nama novelis tu.. hiks.. Sebelom menonton, jom baca sinopsis drama ni dulu..

Pelakon Utama
Hero - Raja Afiq ( Kapten Mukhriz )
Heroin - Amaniena Baharun ( Dr. Ariana Dahlia )


SINOPSIS

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


JOM TONTON SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
( 23 Episod )

>>>>> DISINI <<<<<


Selamat Menonton..~!!


4 comments:

  1. mcm menarik drama ni cuma x sempat tengok sbb ditayangkan masa maghrib. jadi ke nak jadi penaja GA buku abam kie? TQ.

    ReplyDelete