Hakikat Suri Rumah Bekerjaya

Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum wbt..

Hakikat Suri Rumah Bekerjaya  |  Sebut saja suri rumah mesti orang ingat, suri rumah hanya goyang kaki dekat rumah kan.. Sebenarnya kerja sebagai suri rumah ni lagi letih dari bekerja di pejabat.. Dekat rumah takdenye nak goyang kaki goyang badan bagai.. Semua kerja nak kene uruskan.. Anak nak kene uruskan.. Makan minum, pakaian, rumah dan bagai-bagai lagik.. Kalau ada yang cakap suri rumah ni hanya kerjanya goyang kaki aje, sila lah cuba jadi suri rumah ye.. Tahulah macam mana rasanya.. 


Di zaman serba mahal ni, rasanya ramai suri rumah yang bekerjakan.. Saling bantu membantu mencari nafkah untuk keluarga.. Zaman sekarang kalau sorang aje bekerja, memang tak cukup la makan pakai.. Barang semua mahal-mahal... Taraf hidup semakin meningkat.. Gaji takat tu jugak.. huhu...

Bila dah suri rumah pown bekerja, makanya semakin banyak la bebanan tugas yang digalas... Nak menguruskan rumah tangga lagi... Mane nak fikir kerja di pejabat lagi... Uiss, tahap stress akan bertambah kalau tak diuruskan dengan betul... Andai dapat suami yang bertimbangrasa yang mahu bantu membantu urusan rumah dan anak-anak serta tidak berkira dalam segala hal, dikira BONUS untuk suri rumah bekerjaya.. Tapi sekiranya dapat suami malas yang hanya mahu goyang kaki, hanya tahu merokok.. hanya tahu main hp.. yaaa ampunnn mati la mak nakkk... Tahap stress akan meningkat ke tahap maximum laa jawabnya....

Dah mencari rezeki sama-sama, maka urusan rumah janganlah berkira ye wahai suami-suami yang ohsem semua... hehe.. Bantulah isteri mu.. Ahakz.... 

Aku pown suri rumah dalam masa yang sama aku bekerja mencari rezeki.. Kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa macam tak tertanggung dengan beban tugas yang aku kena galas.. Tapi itu dah hakikat untuk seorang yang bergelar suri rumah, ibu kepada anak-anak, isteri kepada seorang suami dan seorang pekerja kepada majikannya... Sentiasa akan berada dalam tekanan.. Tak banyak, sikit pown mesti ada.. 

Aku harap, aku akan sentiasa kuat untuk membawa kehidupan aku ni.. Menggalas tugas aku sebagai seorang suri rumah dan pekerja.. Walaupown kadang-kadang tak sesempurna mana perlaksanaannya..  hehe... Aku buat hanya yang termampu aku lakukan.. huhu...

Ehhh nape aku ter-emosi hari ni... hehe.. 

Sebabnya..

Aku LETIH badan... LETIH minda... LETIH mental...!!

Terlalu LETIH, LETIH dan LETIH...!!



1 comment:

  1. Dear Lea..

    Tahniah juga buat lea dapat lakukan semua kerja itu.. Susah kan jadi wanita. Hee. Banyak kerja perlu dilaksanakan. Insyallah akan terbalas semuanya nanti dengan mendapat kebahagiaan abadi =)

    Kalau dapat suami yang tolong bersihkan rumah, semestinya BoNUS buat kita para isteri. Hehe.

    ReplyDelete