Hadiah Giveaway Sudah Selamat Belayar

Friday, August 19, 2016

Assalamualaikum wbt..


Hadiah Giveaway Sudah Selamat Berlayar  |  Alhamdulillah rehat tadi dapat selesaikan urusan poslaju yang tertangguh agak lama... Biasalah hari jumaat rehatnya panjang sikit masa.. Sempatlah nak buat urusan di luar lama sikit.. hiks.. 

Tadi aku dah poslajukan hadiah giveaway untuk pemenang Giveaway Pertama Edisi Raya by SYF.DEAN.. Aku sebagai sponsor untuk GA tersebut.. Pemilihan pemenang dilakukan sebanyak 2 kali kerana hadiah tidak dituntut.. huhu.. Untuk hadiah yang aku sponsor iaitu Tudung AJ 2 helai untuk 2 orang pemenang dah pown aku poskan tadi.. Lama jugak nak tunggu pemenang menuntut hadiah beliau... Untuk pemilihan kedua ni, aku sendiri yang pergi sergah pemenang sebab aku dah tak nak simpan lama-lama hadiah mereka.. Rasa cam ada beban jerk atas bahu ni ohhh..!! Hahaha.. Boleh cenggitu...??


Sambil-sambil tu aku pos terus memory kad kawan aku sorang ni yang dah lama aku peram... Kesian dia, dah beli handphone baru tapi memori kad tak jugak sampai-sampai.. Sori ekk Encik..!! Haha.. Hadiah dah belayar... Memori kad pown dah belayar mencari tuan yang baru.. Aku pown terasa lega.. Terlepas semua beban yang ada dekat bahu selama ni.. Ewaahhh.. Dasyat betul ekk bebanan tu.. kengkonon...!!


1 comment:

  1. Dasyat tu bebanan nye tu.. Alhamdulillah dh selaamat pos ye

    ReplyDelete