Ella Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Wednesday, August 17, 2016

Assalamualaikum wbt..


Ella Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya  |  Alhamdulillah..!! Itu sahaja yang mampu aku ucapkan buat Ratu Rock Negara, Ella yang kini sudah berhijab sepenuhnya.. Sebenarnya aku dah lama tertunggu-tunggu perkhabaran baik ni... Terdahulu aku mengharapkan dan berdoa agar penyanyi kesayangan aku, Erra Fazira menutup aurat sepenuhnya.. Alhamdulillah Erra Fazira dah pun berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.. Begitu juga dengan Ella, juga penyanyi kesayangan aku.. hehe.. Aku juga menyimpan harapan dan doa agar Ella terbuka pintu hati untuk menutup aurat dan berhijab sepenuhnya.. Alhamdulillah, aku terima perkhabaran baik ni dengan senyuman.. Haha.. Alhamdulillah.. Gembira pulak rasa... hiks.. Jom layan beberapa pica Ella berhijab.. Manis dan ayu...






Wahhh manisnya Ella berhijab yek... Alhamdulillah.. Dengar ceritanya, Ella mula berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan yang lalu dan mendapat sokongan daripada orang-orang sekelilingnya serta peminat-peminatnya.. Termasuk aku leeee tuuu..!! Haha..


Apa-apa pown aku doakan perubahan yang Ella bawa ini kekal hingga ke akhir hayatnya dan terus istiqamah.. Insya-Allah... Amiin.. :)



1 comment:

  1. Ella rasa.... hehehe

    Makin cantik dan berseri ella selepas berhijab. Bertuah ella dapat peminat tegar macam lea 😍

    ReplyDelete