Dah Kenapa.........??

Assalamualaikum wbt..

Dah Kenapa.........??  |  "Dah kenapa semua kedai tutup hari ni??".... Haiss ini semalam punya cerita daa... Semalam keluar pergi kedai 2ringgit nak beli barang sikit.. Dah selesai beli barang tu, perut lak terasa lapar.. Tekak terasa nak makan roti canai.. Carik la kedai roti canai.. Mula-mula cari kawasan dekat umah tu aje.. Tutup pulak kedai yang biasa kitorang beli roti canai tu.. Adoiyaii.. 


Aku kalau nak makan roti canai memang akan cari kedai melayu.. hehe.. Sekarang nak cari kedai melayu yang buat roti canai, perghh memang laaa susah.. Dah semalam kedai tu tutup, aku bercadang pulak nak makan roti arab.. Sebagai ganti roti canai kononnye... Dah tahu kalau mengharap roti canai, memang tak makan la aku.. Pergilah kitorang kedai yang jual roti arab dekat area highway bukit rangin tu pulak.. Sampai sana, adoiiii sekali lagik.. Kedai tutup.. !!! Isk3.. Tak de rezeki betol.. Semua tutup.. 

Dah pergi terlajak jauh dah dari rumah, terus aje call member kowt-kowt dia tau mana ada kedai roti canai melayu lagik.. Katanya ada 2 kedai dekat area IM... Pergilah kami dengan harapan dapat makan roti canai.. Sesampai disana, nan hado0oooo jugakk...!! Haisss.. teroknyeeee rasa.. Lastnya kami dah sampai kedai kedua tu, makan aje la apa yang ada... Aku pekena char kueh teow dan en somi makan kueh teow goreng... Boleh la dari tak de kan... 

Dah habis makan, pulang lah aku dengan perasaan hampa.. Pertama, hampa tak dapat makan roti canai... Kedua hampa sebab char kueh teow dia tak sedappppp.. OhMY...!!


Moga lepas ni makin banyak orang melayu buat roti canai... Aku nak makan... Plzzzz...!! hahaa... 


3 comments

  1. jarang ada melayu buat roti canai ni... kena belajar buat sendiri ler dkt rumah.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan.. kene belajar buat sendiri pulak..

      Delete
  2. Betul la Lea..sekarang kurang sangat org kita buat roti canai..alahai..

    ReplyDelete