Bila Lagi Ku Punya Masa

Assalamualaikum wbt..

Bila Lagi Ku Punya Masa  |  Selamat malam korang?? Malam ni aku nk membebel kosong aje.. Rasa macam terbantut idea jerk malam ni.. Otak tak bekerja keras malam ni.. Dok relax sambil goyang-goyang dalam cengkerang kepala ni.. Haha..

Sebenarnya aku dok fikir-fikir bila aku boleh menghabiskan bacaan novel aku yang dok ada kat footer blog aku tu... ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 karya penulis yang aku kagumi siti Rosmizah.. Rasanya lama dah kowt aku dok up gambar novel ni di bahagian BEING READ blog aku ni.. Tapi sampai sekarang tak jugak habis aku baca... huhu..



Sesungguhnya aku tak punya masa yang lengang untuk aku duduk santai sambil baca novel.. Bila time aku relax, time tu adalah time untuk aku rehatkan diri, minda dan segalanya.. Ahakz.. Buku bersusun-susun lagik yang belum aku baca... Tapi bukan novel la yek.. hehe... Aku teringin nak tahu kesudahan cerita ni, tapi itulah novel ni punya ketebalan yang agak ohsemnesss iaitu 920 m.s... huhu.. Korang nak tahu tak aku baru baca muka surat berapa?? Haha.. Baru muka surat 49 weehhhhh!!! Adoiiiiilaaaa..


Kalau dulu aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari sahaja.. Tapi tu memang stok tak tidur la.. Haha.. Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti dolu-dolu.. Kalau baca sikit-sikit mula la tak senang duduk, dok fikir apa seterusnya yang akan terjadi... Sebab tu dulu, aku akan habiskan jugak sebuah novel tu dengan segera.. Supaya aku tak terfikir-fikir jalan cerita yang seterusnya.. mengganggu hidup ko tahuuuu!! Haha.. Alah, kaki-kaki novel mesti faham punyelah situasi aku ni.. 

Aku harap dapat le aku habiskan novel ni secepat mungkin.. Nak jugak buat review tentang novel siri 2 ni kan... Yang pertama dulu, jalan cerita memang best la.. Siap menangis agik baca siottt... Adoiiii.. Kene bantai gelak dengan geng serumah.. Hampeh betol laa... Mulanya aku gelakkan dia sebab dia nangis baca novel.. Aku ajet-ajet berhati kental, tak kan nangis.. Sekali bila time aku baca, nangis teresak-esak ohhh!! Kuang ajo0oo betol novel tu.. Haha..!! Dah kecoh satu opiz, aku baca novel nangis teresak-esak... Isk.. Lemau betol laaa.. hoho..

1 comment

  1. Hahaha! Siqah faham perasaan lea tu.. Kena continue baca novel sebab nanti terbayang-bayang pulak seterusnya jadi apa dalam novel. Tak sabar nak tahu kisahnya. Hehe. Seronok baca novel cuma itulah, nak kena curi masa sikit. Huhu.

    Siti rosmizah - salah sorang author yang siqah suka 😊 novelnya 7 Hari Mencintaimu akan kuar jadi drama kan? Bestnya kalau boleh tengok. Pelakon best! I like 😁

    ReplyDelete