Pengaruh Talking Tom Pada Anak

Assalamualaikum wbt..


Pengaruh Talking Tom Pada Anak | Aku rasa Apps My Talking Tom ni ramai yang tahu kan.. Terutama dikalangan kanak-kanak.. Termasuklah anak aku yang kecik tu.. hehe.. Aku tak pasti sama ada apps ni membantu perkembangan anak atau tak.. Yang aku tahu setelah sekian lama anak aku bersama apps Talking Tom ni pengaruh apps ni sangat kuat pada anak aku.. Kadang-kadang rasa ngeri.. hehe..


Qhaliff sangat sukakan apps talking tom ni.. Setiap kali dia nampak hp aku mesti dia minta aku bukakan apps tersebut... Naik risau lak aku kengkadang... Yang buat aku risaunya, dia kuat terikut akan perbuatan kucing dalam apps tersebut.. Tapi kengkadang rasa lucu jugak bila tengok dia tiru aksi Tom tu.. haha..

Contoh yang dia selalu tiru, bila dia minum air mesti dia buat bunyi 'lega' dia lepas minum air.. Korang mesti taukan camne bunyiiinye kan.. Aku pown tataw nak adaptasi dalam perkataan bunyi tersebut.. haha.. Aksi lain yang dia tiru, dia keluar masukkan lidah dia cam selera nampak makanan.. Dalam apps tu kan, bila Tom nampak makanan kan dia selalu buat aksi keluar masuk lidah seolah-oleh berselera nampak makanan.. Haha.. Adoiii aku tataw nak buat ayat camne lah wehh.. hiks..

Pendek kata, kanak-kanak ni memang cepat terpengaruh dengan apa-apa yang dia lihat.. Mungkin ada baiknya.. Ada juga buruknya.. Dalam usia kanak-kanak, dorang memang dalam pembelajarankan.. Moga anak aku terhindar dari pengaruh yang buruk.. Risau jugak zaman sekarang ni.. Terlalu banyak pengaruh yang tak baik... huhu..

Anak korang camne lak?? Sama tak cam anak aku?? ahakz..


No comments