Adakah Kita Bekerja Hanya Sekadar Nakkan Gaji??

Thursday, June 2, 2016


Assalamualaikum wbt..


Korang bekerja tak?? Kerja makan gaji?? Aku yakin yang kebanyakannya rakyat malaysia dizaman yang serba canggih dan taraf hidup pown makin meningkat sekarang ni tak kire lelaki atau wanita mesti bekerja makan gajikan.. Barang-barang pown dah serba mahal sekarang.. Tak bekerja macam mana nak hidupkan...

Tapi korang penah terfikir tak yang korang bekerja selama ni untuk apa?? Adakah hanya untuk mendapatkan gaji semata-mata?? Pernah tak korang fikir lagik keberkatan gaji yang korang dapat tu?? hehe.. Bukan korang jerk aku tanye ni sebenarnya.. Diri aku jugak aku sedang tanye ni.. haha.. Ye la.. Kita ni sebagai manusia selalu lupa dan leka dengan kelalaian kita sendiri dalam bekerja yang boleh menyebabkan gaji yang diperolehi tidak berkat kan.. Contoh senangnya, macam tak jujur dalam bekerja la.. Menguloo0o0o... Malassss... Datang lambat.... dan macam-macam lagik la.. 

Kita sepatutnya bekerja adalah bukan sekadar nakkan gaji yang Halal sahaja, malah kita kena fikir gaji yang kita perolehi tu bersih dan berkat... Kalau gaji halal tapi tak bersih dan berkat apalah gunanya kan.. Kalau dah kita dapat gaji yang TAK bersih dan TAK berkat, macam-macam bende buruk boleh berlaku pada kita... keluarga kita.. kadang-kadang tu kita sendiri tak sedar yang semua tu berpunca dari gaji yang tak berkat tadi... Contohnya ianya boleh menjadi punya kepada :-

1. Anak-anak yang nakal, degil, keras kepala sehingga tahap derhaka
2. Rumah tangga jadi hancur berderai-derai..
3. Hidup pulak selalu tak cukup ajee dengan apa yang ada
4. Rasa diri jauh dari Allah swt
5. Solat selalu lewat atau tinggal teruss...

Dan banyak lagik la efek yang kita dapat dari gaji yang tak berkat tu..

Kebiasaannya gaji jadi tak berkat ni apabila :-

1. CURI TULANG masa bekerja. 
Masuk kerja pukul 8.00 pagi, tapi kita suruh orang lain punch card untuk kita dan kita seronok je masuk pukul 9.00...  Pukul 8.00 tu pergi melepak minum kopi bagai... Itu belum tengah hari dan petang.... Lepas tu bergembira dapat gaji hujung bulan... Duit gaji memang halal, tapi TAK BERKAT...

2. MENIPU masa kerja.

3. Bersekongkol dengan majikan tentang perkara yang SALAH dan DOSA seperti rasuah, jual arak, etc.

4. TINGGALKAN solat dengan sengaja masa kerja KECUALI dharurat seperti pembedahan, etc.

dan banyak lagik la situasi yang menjadi punca gaji tak berkat..

Jadi mula dari sekarang kene la fikir elok-elok tentang perkara ni.. Sangat penting... Sebab duit gaji yang kita dapat tu mesti la nak bagi kat mak ayah dan anak-anak makan kan... So, kene la cari keberkatan di dalamnya.. 

Kekadang aku pown terbabas jugak.. Terlalai.. Terleka.. huhu.. Moga lepas ni aku lebih berhati-hati dengan rezeki yang aki perolehi.. Takut ohhh kalau tak berkat...


No comments

Post a Comment