Karaoke Sampai Lebam Dengan SMULE

Assalamualaikum wbt..



Wahh kemain yek sekarang... Bukak aje fb, ada jerk video karaoke by smule daripada peminat-peminat karaoke yang di post maupown di share... Fenomena karaoke dengan menggunakan aplikasi SMULE ni dah makin hangat diperkata dan  melanda dunia hari ini... Almaklumlah dunia hari ini hanya dihujung jari...

Bagi yang memang kaki karaoke, sudah pastinya aplikasi ni sangat bermakna bagi korang kan.. Tak payah lagi nak jelajah pusat-pusat karaoke untuk menyumbangkan suara... Dengan Aplikasi Smule ni dah boleh suara disumbang dan dirakam untuk kenang-kenangan.. Haha..

Ramai jugak aku tengok yang dah terfemes dengan adanya aplikasi SMULE ni.. Ada yang dah diambil menjadi artis rakaman pown.. Terbaru yang aku dapat tahu Khai Bahar dah disunting jadi artis NAR Record.. Sebelumnya memang aku ikut nyanyian Khai Bahar ni dekat smule.. Suara dia memang best.. hehe.. Selain tu ada la beberapa orang lagi yang aku suka dengar dorang nyanyi... Best..



Okeh.. Bagi yang belum tahu dan tak pernah tahu dengan kewujudan aplikasi ini... Meh aku kabo sikit kat sini.. Aplikasi ini boleh di install di Google PlayStore secara PERCUMA ye.. Bila dah kita join SMULE ni, jika korang nak menjadi ahli VIP, korang kenalah bayar ye.. Untuk tempoh sebulan/ RM3.50 dan setahun/RM28 sahaja.. Banyak ohhh kelebihan kalau dah jadi ahli VIP ni... Sound dia ofcos la best dari yang free kan... Suara pown boleh menjadi meletop.. Haha..



Tu diaa.. Aku pown tak ketinggalan jugak... Nakk jugak join smule.. haha.. ko hadoooo??  Tapi bukan untuk femes ye.. Hanya untuk suka-suka.. Baru je lagik aku join.. Haha... Join hanya untuk melepaskan gian yang telah sekian lama meninggalkan dunia karok... Dulu aku pown suka karaoke jugak.. Sekarang je dah pencen.. Bila ada aplikasi ni, aku pown join la.. Boleh la karaoke sorang-sorang dekat rumah.. Identiti dia rahsiakan ye.. Malu sebab suara huru-hara.. Haha... Bio lee aku simpan untuk kenang-kenangan aku jerk... huhu..


2 comments

  1. x boleh nak asah dah kak... Batu asahan dah ilang.. kikiki..

    ReplyDelete