65 Gambaran Kehidupan Sahabat

Monday, May 30, 2016


Assalamualaikum wbt..


Sesungguhnya rezeki datangnya tanpa diduga... Hari ni aku dapat hadiah senaskah buku yang sememangnya aku cari-cari untuk dijadikan bahan bacaan aku... Semalam aku terima wasap dari rakan opiz aku ni, yang aku panggil Siti (bukan nama sebenar tetapi nama manja.. hehe).. Dia maklumkan yang dia dah beli buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat ni yang pernah aku pesan pada dia satu ketika dulu untuk dia belikan dulu untuk aku sekiranya dia jumpa buku ni.. Dia belajar lagi dan selalu menjelajah kedai-kedai buku agama... Sebab tu la aku mintak tolong dia tengok-tengokkan buku ni kalau ada...

Pagi tadi dia hantar buku ni pada aku dan dia cakap dekat aku yang dia hadiahkan buku ni pada aku.. Terkejut jugak aku.. Sebab apa aku terkejut?? Haaa sebabnya aku dengan dia takde la rapat mana kerana department kitorang lain-lain.. Dia jauh dari department aku.. Tapi tak rapat tu bukan la bermasam muka atau tak bertegur sapa... Tak rapat tu maksudnya tak selalu duduk bersembang sama-sama.. Makan sama-sama.. Tu la maksud aku dengan 'tak rapat' tadi.. Sebab itu la aku agak terkejut bila dia cakap nak hadiahkan buku ni buat aku.. 

Itu lah aku maksudkan rezeki tu datangnya tanpa diduga.. Tuhan beri pada aku rezeki melalui kawan aku tadi.. Apa pun aku nak titipkan doa buat Siti, Moga beliau dilimpahkan rezeki yang halal dan mendapat keberkatan olehNYA... Semoga dengan pembacaan aku ni sedikit sebanyak menyumbang pahala kepada beliau.. InsyaALLAH... 

Tak sabar nak baca buku ni.. Oh.. Buku ni ada siri 1 & 2.. So, lepas ni aku kene carik siri 2 pulak.. Haha..!!



No comments

Post a Comment