12 Hikmah Menutup Aurat

Tuesday, April 5, 2016


Assalamualaikum wbt...

Oke... Now nak cite tentang hikmah menutup aurat lak.. Banyak ohh hikmahnya bila kita menjaga aurat kite dengan sempurna... Menutup aurat ni bukan saje-saje tau.. Ada hikmah disebalik suruhanNYA supaya kita menutup aurat ni... Perlu tahu tu... Sesungguhnya segala apa yang ALLAH perintahkan, pastinya yang terbaik buat kita dan banyak hikmahnya..  Jom tengok ape hikmah disebalik menutup aurat.... 


  • Jiwa akan menjadi semakin tenang dan tidak risau lagi tentang dunia
  • Cahaya keimanan akan mudah meresap dalam hati seseorang mukmin itu
  • Seseorang yang menjaga auratnya dengan sempurna akan terlindung daripada fitnah manusia
  • Menjaga aurat dengan sempurna mengikut Islam akan dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam
  • Menutup aurat dengan sempurna juga merupakan salah satu dakwah secara langsung kepada masyarakat tanpa kita sedari dengan niat berjihad kerana ALLAH SWT..
  • Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa kerana hanya yang beriman dan bertaqwa akan mengikut apa yang diperintahkan olehNYA dan meninggalkan apa yang dilarang.
  • Menjaga kehormatan dan mengelakkan daripada sebarang gangguan daripada orang yang berniat jahat.
  • Terjaga daripada perbuatan dan sifat yang tidak elok. Bila kita menutup aurat dengan sempurna, secara otometiknya kita akan merasa malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang agama dan perbuatan-perbuatan yang seangkatan dengannya... ye dak???     
  • Diri akan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan saling ingat-mengingati satu sama lain.
  • Memberi pandangan yang elok bagi yang bukan Islam agar tertarik untuk mengenal agama ALLAH..   InsyaALLAH..
  • Diri akan lebih berhati-hati dalam bertutur kata.. perbuatan dan tingkah laku...
  • Terhindar daripada azab ALLAH serta meraih redha dan keampuananNYA.


Wahhh banyak gilekan hikmahnya... Bukan nak cakap kosong tapi nilah realitinya yang perlu kita tahu... Banyak lagi hikmahnya tapi cukup la aku bentangkan disini 12 hikmah menutup aurat ni.. Moga dapat menjadi panduan buat sahabat-sahabat aku yang ohsem ni... Jangan lupa tutup aurat tau... 

Chowww cincauuu.....


Gambar hiasan - bedal dari google.. TQ google..

No comments

Post a Comment