Review Novel | Tundukkan Playboy Itu


Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. Selesai jugak akhirnya aku habiskan baca novel 'Tundukkan Playboy Itu"...  Fuhhh tebal sangat ohhh!! Bercita-cita aku nak habiskan sebuah novel setebal 734 muka surat ni.. Novel ni pown dah di-adaptasi menjadi drama kat slot Akasia TV3... Aku tak de la ikut sangat drama dia.. Kengkadang jerk tengok... Baca novel lebih detail kowt jalan cerita dia.. Haha... Moh le aku review sikit pasal novel ni...

Penulis  :  Anjell
Penerbit  :  Karya Seni
Tarikh diterbitkan  :  Mei 2015

"Hanya dari panahan mata, kisah cinta bermula"


Okeh..!! Setahu aku Anjell dah hasilkan 3 buah novel.. Eksperimen Cinta, Suamiku Paling Sweet dan yang ketiga adalah novel ini.. Tundukkan Playboy Itu.... Maknanya, ini adalah novel pertama tulisan dia yang aku baca.. Yang lain-lain belum baca... haha!!

Permulaan cerita, diperkenalkan dengan 2 watak utama... heronya adalah Harraz Naufal..(wahh syahdunya nama..) heroinnya Nurin Areesa... Nurin adalah seorang graduan yang mempunyai ijazah dalam bidang arkitek dan sedang mencari kerja... Semua interview yang dihadirinya sebelum ni tak berjaya sebabnya dia tak berpengalaman... Kehadiran Tan Sri Mukriz iaitu ayah kepada Harraz ke rumahnya telah merubah keadaannya... Tan Sri Mukriz ni kawan baik ayah Nurin... So, mesti korang dah dapat agak kan.. Apa jadi lepas tu... Haha.. Diajaknya Nurin bekerja di syarikat anaknya Harraz Holding..

Harraz Naufal adalah seorang CEO muda Harraz Holding... Harraz Naufal ni terkenal dengan sikap playboy tahap maksimanya... Kat pejabat dia, semua pekerja kene berpakaian seksi meksi.. Tak seksi mesti kene reject... Firstime interview, Nurin di reject kerana cara pemakaian yang menutup aurat tak diterima Harraz.. Kolot katanya.. kekampungan.. Tak moden.. Tak internasional.. Cessss...!!! Last-last terpaksa jugak terima sebab ayahnya paksa dan ugut dia dengan mengatakan yang dia telah berhutang nyawa dengan ayah Nurin dan ini sebagai alasan untuk membalas budi..

Biasa la kalau dah tak suka tapi dipaksa untuk terima bekerja, sah-sah la si Nurin ni kene pedajal dek Harraz ni.. macam-macam dia buat pedajal kat Nurin ni... Kesian siottt Nurin... Tapi sweet moment-moment tersebut.. Muncul pulak watak Farhan, sepupu Harraz.. Dia suka Nurin.. Playboy gak si Farhan ni.. Sama level ngan Harraz dia punye Playboy tu.. Kirenya seangkatan laa... Mula-mula Farhan suka Nurin hanya untuk mempermainkan Nurin aje macam pompuan-pompuan lain yang dia kenal sebelum ni.. Last-last, dia suka bebetul kat si nurin ni sebab nurin ni pada dia lain dari yang lain.. Baik..!!! Sopan!!!  Tapi Nurin anggap dia kawan aje tak lebih dari tu... Oh lupe nak kasi tau.. Firstime berkenalan ngan Nurin, Farhan cakap dia ni driver harraz sebab takut nurin tamo kawan dia.. Akhirnya kantoiiiiiii !!!

Nak cerita semua panjang sangat la dek non... Hakkak cut-cut la yek... Lotih den nak menaip ohh...

Sejak bila Harraz jatuh hati pada Nurin????? OMG!!!!

"Hanya dari panahan mata, kisah cinta bermula"

Masa tu Nurin menghadiri satu pertunjukan fesyen sahabatnya Lee atau lebih gah lagik nama dia Nashrain Lee, Pereka fesyen terkenal dan internasional bak hang!! Nak dijadikan cerita model si Lee ni tak dapat hadir la pulakk last minit... dan Nurin sebagai ganti model tersebut dalam keadaan terpaksa yang tak direlainya... Kalau korang nak tau, Event untuk pertunjukkan fesyen ni dianjurkan oleh mummynya farhan.. Orang kaya raya kannn gitu leee... So, secara otometik nya kedua-dua playboy itew turut hadir dalam event tersebut... Itu pun paksaan oleh mummy farhan.. Tak datang mau kene kapak dek mummy dia... Nurin adalah model yang terakhir berjalan bersama-sama pereka fesyennya di atas pentas... Nurin berpurdah okeh... Masa tula si Harraz ni terpesona melihat kecantikan sepasang mata Nurin dan terus terjatuh hati.. Tapi dia tataw itu Nurin sebab Nurin berpurdah.. Cuma terdetik kat hati dia macam pernah lihat sepasang mata tersebut dan terasa dekat...

Dalam Bab lain lak, Harraz ditangkap khalwat dengan Elfira iaitu pekerja disyarikatnya di kediaman Harraz sendiri.. Elfira ni yang busuk ati pegi perangkap Harraz sebab dengki hubungan Harraz dengan Nurin... Pastu la Harraz melarikan diri untuk mencari ketenangan dan mencari sinar hidup yang baru... Mencari Islam yang telah hilang dalam diri... Kemana Harraz menghilang??? Dia ke Terengganu bertemu seorang insan yang dirasainya boleh membimbingnya kejalan yang diredhai... Dr. Abdull Haq.. Seorang yang dikenalinya ketika dalam perjalanan dia ke London suatu ketika dulu...

Akhirnya Harraz kawin jugak dengan Nurin setelah dia sembuh dari koma akibat kemalangan jalan raya... Mereka bina bahagia...paling best lepas kawin, semua staff pejabat dia dah tak dibenarkan berpakai seksi ye.. Harraz dah berubah... Alhamdulillah...

Cerita Elfira pula... Dia terus menghilangkan diri selepas kes khalwat tu dan muncul kembali setelah Nurin mengandung 4 bulan... Elfira dah insaf.. dia mintak maaf kepada Nurin atas segala kesalahannya... Elfira dah kawin time tu.. Dia kawin pown sebab lelaki tu perangkap dia.. Haha.. Tuhan balas dah weh.. cash...!!

Nurin keguguran???!!! ye.. Nurin keguguran semasa nak bantu Elfira daripada terus dipukul oleh suaminya... Suami Elfira menolak Nurin dan perut Nurin terkena pulak kat bucu meja kayu... huh...!! Nurin kemurungan selepas keguguran... Harraz berusaha untuk pulihkan keadaan Nurin.. Atas usaha Harraz itu, akhirnya Nurin sedar dia telah mengabaikan Harraz sebagai suami... Harraz dan Nurin berusaha untuk membangkitkan cinta meraka dan terus membina cinta bersama dijalan yang diredhai.


-Tamat-

Wah-wah panjang gile review aku kali ni... Korang kalau nak lebih terperinci aku suggestkan korang beli novel ni.. Best tau... aku kasi 5 bintang... Sepanjang aku baca novel ni, untuk watak-wataknya aku mesti terbayangkan para pelakon dalam slot Akasia 'Tundukkan Playboy Itu' di TV3 tu..


Hero & Heroin






No comments