Tudung kanak-kanak

Year End + New Year Giveaway? By Aynal M


Assalamualaikum wbt..

[ Mood Sedih ].... Sob.. Sob.. Sob... Tengah bersedih frenz list.. Tataw ape mau bikin.. huwa.. huwa... Tak pe la.. Mood nak join GA masih berbaki.. Haha.. Nak ajak geng-geng seangkatan join jugak la.. 

1. Fara Cute                 2. En.Is-One              3. PC Comey

Jom join dengan LA Giveaway ni.. 

Yok Join...!! klik Pica untuk join..

Tertarik untuk join GA yang dianjurkan oleh Aynal ni.. Hadiah dirahsiakan.. Itu yang menarik.. Barulah rasa suspen sikit kan.. HAha.. Tapi Aynal ada kasi klu untuk hadiah misteri tu... So boleh la berteka teki yek sape-sape yang nak join tu... 


Nampak takkk????? haaa.. So ape agik jom follow blog AYNAL ramai-ramai... Pastu join GA ni.. Sambil-sambil tu boleh menambah kenalan... ;)

Aku Ingin Berubah


Assalamualaikum wbt

Mood apdet blog tetiba datang.. firstime apdet blog guna hp ni.. teruja beb.. HAha.. tapi yang tak bestnye line sangat-sangat la slow... cam siput sedang bersiar-siar.. huhu.. 

oKeh..!! Bukan sal siput yang LA nak ceritakan tetapi tentang sebuah buku yang hampir selesai LA baca.. sebelum tu nk tunjuk dulu cover depan buku ni.. baru syiok nk buat review kan..

.
.
.

**Aku Ingin Berubah by Qamarul Nazrin**

.
.
.

(Susah jugak guna hp yek apdet blog.. - x suke!!) Okey kite terus ke topik utama ye puan2 sekalian.. hehe.. Buku ni LA dah baca sampai last capter.. Bab 6 - Syurga Untuk Semua.. LA tertarik dengan artikel untuk tajuk yang ke-2 dalam bab ini.. Jom LA review sikit ape yang ada dalam tajuk NO.2 itew...!!


02. PIMPIN DENGAN HIKMAH

Teguran kita kepada orang secara umum seperti ceramah, facebook dan lain-lain sangat berbeza. Bila kita berhadapan secara face to face, pendekatan perlulah berbeza, bukan semata-mata menghukum, lantas mengabaikannya.

"Weh kau tau tak couple tu haram?"

"Weh tutup la aurat! Tau tak dedahkan aurat tu berdosa?"

"Apa ni pakai baju ketat? Tak takut ke orang pandang?"

"Aku tengok kau ni macam tak pernah solat je, agama apa ni?"

Dan pelbagai lagi teguran-teguran yang sama waktu dengannya. Niat hendak mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan tu dah bagus. Tapi cara tu kene betulkan sedikit. Bila cara tak kene, akhirnya bergaduh. Tak bertegur sapa, merajuk dan sebagainya. Jadi, macam mana nak buat?

Kalau nak ajak orang lain melakukan kebaikan, tak semestinya kena ajak melalui perkataan. Boleh je menegur tanpa mengeluarkan sepatah kata. Saya pernah ada seorang junior bilik di kolej dulu yang tak solat. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut,

1. Perkara pertama sekali yang saya lakukan ialah 'menawan hatinya'. Saya akan sentiada lepak dengan dia, study sekali dengan dia, bagi nota-nota pelajaran, ajak jogging sekali dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa tsiqah atau rasa percaya dalam dirinya terhadap saya. Bila dia dah percaya pada saya, senang la untuk saya mendidik dirinya untuk solat! Tandanya adalah apabila dia mula bercerita tentang rahsia-rahsia peribadinya pada saya.

2. Suatu hari, junior saya mula menceritakan masalah-masalah peribadi yang dialaminya. Maksudnya dia sudah percayakan saya! Saya terus kepada langkah kedua iaitu merancang suatu tindakan yang dapat mendidik dia untuk menunaikan solat. Apa yang saya lakukan ialah saya akan ajak dia pergi jogging pada setiap petang, diakhiri dengan makan di cafe yang berdekatan dengan masjid. Sengaja saya jadualkan hidup kami untuk makan pada waktu senja yang berdekatan dengan masjid. Setelah selesai makan, azan pun berkumandang. Di situ peluang untuk mendidiknya. Saya terus ajak pergi solat berjemaah di masjid. Dah alang-alang dekat dengan masjid kan. Atas dasar hormat dan percaya, akan jadi lebih mudah. Saya lakukan setiap hari hingga jadi kebiasaan.

3. Apabila sudah menjadi rutin, saya selitkan dengan kisah-kisah teladan berkenaan kelebihan orang yang bersolat jemaah dan ancaman bagi orang yang tak solat.

Sehinggalah pada suatu hari, junior datang kepada saya. Kelihatan dia baru lepas menangis. Dia meluahkan yang dia teringin nak solat tapi tak tahu nak solat. Maka saya ajarkan dia untuk bersolat agar lebih sempurna. 

Tak perlu tegur direct. Nak ajak orang sekeliling melakukan perubahan ada kala boleh dilakukan dengan hikmah (bijaksana) dan qudwah.

Kalau roommate korang kaki drama korea sampai tinggal solat, korang boleh ingatkan mereka dengan mengajak untuk solat berjemaah sekali. Kalau roommate korang jenis orang selekeh, campak baju merata, korang boleh ajak diorang untuk gotong-royong bersihkan rumah sama-sama. Kalau kawan korang free hair dan tak tutup aurat dengan sempurna, ajak dorang temankan korang shopping tudung dan baju-baju labuh. Kemudian belanja dorang tudung dan baju.

Puji dorang sampai kembang.

Dan perkara yang terpenting dalam mengajak melakukan kebaikan adalah sabar dan doa. Sabar dengan kerenah mereka dan sentiasa doakan mereka. Mungkin korang tak tahu betapa strugglenya dalam hati dorang nak berubah!! Bukankah korang juga pernah lalui kesusahan yang sama dulu?? Jadi, bersabarlah. Pandanglah mereka dengan kaca mata dakwah, jangan sesekali menghukum mereka. Santuni mereka dengan lemah lembut hingga akhirnya mereka juga mampu berubah seperti korang!!




Okeh dah setel LA taip tajuk NO.2 tersebut.. panjang gak ohh!! Lenguh jari jemari.. tapi tak pe.. LA nk soh satu donea baca.. haha.. hasil penulisan yang sangat bagus daripada saudara Qamarul Nazrin untuk kite semua.. Nak tegur orang pown biarlah kene dengan caranya ye dak?? Jangan men hentam kromo je.. niat ati dah baik nak tegur tapi kalau dengan cara yang tak betul silap-silap kite lak yang menambah dosa yang sedia ada.. So, berhati-hatilah ye ketika menegur tu.. jangan sampai menghina orang..


Kalau korang baca 1 buku ni lagik best.. lagi banyak la pengetahuan dan pengajaran yang korang akan dapat dalam buku ni.. LA review tajuk diatas sebab LA rasa isinya menarik untuk dikongsikan.. bukan tajuk ni je menarik tau tapi semua tajuk dalm buku ni best.. cumanya, bagi LA tajuk ni istimewa sikit.. haha.. Moga dengan pengkongsian ni kita sama-sama dapat manfaat daripadanya. 

Buat korang.. beli la buku ni.. sangat bagus tau.. hehe... OKey la nak chow dulu nak sambung baca sampai abeh.. Assalamualaikum........~!!


Hadiah dari Cikgu Norazimah


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk bernafas diketika ini.. Nikmat-Nya yang tak terhingga untuk kita..

Oleh kerana itu boleh la LA nak membebel lagik kat laman ni.. Ari ni LA nak update pasai adiah yang LA dapat minggu lepas dari abang poslaju.. Aritu kan LA ada join GA daripada Cikgu Norazimah..[ Klik Sini ]
LA pown betul-betul tak sangka boleh terpilih sebagai pemenang.. Sesungguhnya rezeki tuhan itu sangat luaskan,.. (cewahh..) Terima kasih jugak kepada penganjur GA - Cikgu Norazimah kerana menganjurkan GA tersebut yang menawarkan hadiah novel tu.. LA kan hantu buku... Haha..

Ni la hadiah yang LA terima..


Belom start baca lagik buku ni.. Nanti dah baca LA review yek... :)




Giveaway Hujung Tahun 2015 NS


Assalamualaikum wbt

GA again...~!!


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..


Buku Fixi Giveaway by Yaya


Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Join GA lagi... Bila dah giveaway menawarkan hadiah buku memang teruja untuk aku join.. Aku kan hantu buku.. HAha..

Dengan lafaz Bismillah aku join GA ni.. Yey..!!


Jom join JOm..~!!

2. PC

Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire


Assalamualaikum wbt..

Join giveaway lagik.. :)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire



Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....

Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.

Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Hadiah 

3 x (2 orang) (hadiah misteri)



1 x (1 orang) planner 2016


1 x (1 orang) diary 2016


3 x (3 orang) shawl H&M


1 x (1 orang) face tower + vase


1 x (1 orang) botol air


1 x (1 orang) beg mickey mouse


3 x (3 orang) pamplet set zikir Asmaul Husna


Setakat ini 12 peserta bertuah dicari dan mungkin akan bertambah dengan kasih sayang Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq.... Keputusan akan ditentukan secara cabutan bertuah pada 31 Dis 2015 InsyaaAllah, Allah Ya Baari'.... 


Senarai Peserta





Giveaway By Nazfea Solehah


Assalamualaikum wbt.

Klik sini untuk join ye..!!
Dengan lafaz Bismillah LA join GA cute ni.. :)

Pencarian Blog Terkemas 2015!


Assalamualaikum wbt..


Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!


Jom join..
# PC

Giveaway by Mrsfara bernilai RM329


Assalamualaikum..

Klik Banner untuk Join
Sekian lama tak buka blog, hari ni tergerak hati nak jenguk blog.. Banyak betul rakan blog buat giveaway... berderet-deret.. Termasuklah sahabat Mrsfara.. Kali kedua join giveaway by mrsfara.. Teruja dengan hadiah yang ditawarkan.. Pape pown aku doakan sahabat aku ni sentiasa dibawah lindungan-NYA dan dilimpahkan rezeki yang halal..

Dengan lafaz Bismillah, Lea Azleeya join giveaway by MrsFara.. :)