Suka Tangguh Kerja


Assalamualaikum wbt..


Terasa lengang sikit hari ni.. Kerja telah banyak diselesaikan dengan sebaiknya.. Ada la sikit-sikit lagi kerja yang memerlukan pendapat Ketua Unit.. Ketua Unit pergi kursus so kena la tunggu beliau balik dulu.. Haha.. Sambil-sambil tu aku blogwalking blog kawan-kawan.. Tetiba terhenti lama aku di satu destinasi ni.. Aku terbaca entri berkenaan 'tangguh kerja' dekat blog Irfan Khairi .. Tertarik pulak dengan apa yang disampaikan oleh beliau.. So aku nak copy paste jugak la kat blog aku ni agar menjadi peringatan buat diri aku sendiri dan kawan-kawan jugak.. Jom kite z0omMmm..~!!


Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata“Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Begitulah hakikatnya keadaan yang sering berlaku. Menangguhkan kerja menjadi penghalang semangat dan motivasi untuk berubah. Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.
Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah– hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!
3 sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak sirius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat
buang masa
Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:
  • Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
  • Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
  • Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)
Mereka yang berjaya, dan mereka yang dalam keadaan “biasa-biasa” sahaja, semuanya mempunyai 24 jam sehari dalam hidup. Apa yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah penggunaan masa yang lebih efektif oleh orang yang berjaya.
Sememangnya melakukan sesuatu yang baru adalah sukar. Walaupun bagi mereka yang berjaya juga. Namun, orang yang berjaya tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, ianya terpaksa dilakukan juga tanpa melengah-lengahkan masa  supaya ianya tidak mencuri masa dan hidup mereka!

Klik sini untuk artikel asal


 Bila baca entri ni rasa macam terkene batang hidung sendiri.. Sebab kadang-kadang aku pown seperti yang disebut.. HAha.. Manusia selalu lalaikan..


Kene cuba ubah la pas ni... Jadi manusia yang lebih yakin dan ada tujuan dalam hidup.. cewahh.. 
( berapi-api azam tu.. jadi ke idokkkk tataw agik haha..) yang penting ada gak niat nak berubah tu.. huhu..



Sumber gambar  :  En. Google


No comments