Hardware & Software Solat

Wednesday, July 30, 2014


Assalamualaikum wbt..

Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!

Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?


HARDWARE & SOFTWARE SOLAT

"Bagaimana nak perbaiki solat?"

"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."

"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."

"Softwarenya?"

"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."

"Cari ilmu yang bagaimana?"

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.

Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'

"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."

"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."

"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"

"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"

Saya mengangguk lagi...

********************************

Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...

Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe... 

Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.







1 comment:

  1. Waa seronoknya baca buku ni! ABM tak berkesempatan lagi nak beli buku ni

    ReplyDelete