Isabella, Hantaran Kasih Tuhan

Friday, April 11, 2014


Assalamualaikum..


Alhamdulillah dah abih membaca untuk buku ni... Buku ni mengisahkan seorang penganut agama kristian yang sangat taat dan juga seorang anak daripada keluarga yang sangat berpegang teguh dengan agama kristian dan akhirnya memilih Islam sebagai agama yang benar... Best buku ni... Sila lah beli ye kalau nak tau cerita buku ni ye... Payah gile nak dapatkan buku ni.. Asek sold out aje... Ni pown bernasib baik je masih ada... Setelah sekian lama mencarik...



Buku ni pown dah abeh aku baca... Buku ni menceritakan tentang seorang wanita yang sangat tabah dengan keadaan fizikalnya yang cacat pada kaki akibat sakit polio yang dihidapinya sewaktu kecil kerana demam panas yang teruk...Namun kecacatannya itu tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah... Ibunya telah tiada dan hanya ayah menjadi penawar kepada nya... 

Banyak lagik la suka duka dalam buku ni.. Buku ni adalah novel islamik.. Diselitkan jugak surah-surah yang membawa maksud atau berkaitan dengan situasi didalam penceritaan novel  ni... Secara tidak langsung, ianya boleh menambahkan pengetahuan kitakan... Banyak pengajaran dalam novel ni yang boleh kita dapat dari pembacaannya... So, tak rugi la kalau nak beli pown kan... Sape-sape yang suka Novel Islamik, bolehla try baca novel ni lak... :)

No comments

Post a Comment