Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014

Wednesday, March 19, 2014


Assalamualaikum..


Tu dia banner.. Pesta Buku.. Rasa nak menangis aje sebab tak dapat pergi.. Sob sob sob.. Bestnye orang-orang putrajaya dan berdekatan dengannya.. Boleh pergi borong buku.. Tak borong pown cuci-cuci bijik mata pown ok...

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014
Penganjur : Kumpulan MPH Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama PICC
Tarikh : 19 - 23 Mac 2014
Masa : 10.00 am - 9.00 pm
Tempat : PICC 

Gambar Hiasan

Selama 5 hari pesta buku ni diadakan.. Dari pagi sampai kemalam.. Kalau la dapat pergi mahu aku tak keluar dari situ.. hahaha... Hurmmm.. Tengah berangan-angan dok kat KL ni.. hikhik.. Dalam mimpi ajo lah kan... 

Kepada ulat-ulat buku boleh la serbu kat sana untuk dapatkan buku-buku yang diidamkan.. 

Berikut adalah artikel berkenaan pesta buku ini daripada Kosmo Online :-

PESTA buku semakin kerap diadakan di negara ini. Ia merupakan satu petanda baik yang menunjukkan rakyat Malaysia semakin gemar membaca buku.
Penganjuran pesta-pesta ini memberi peluang kepada si pencinta buku bagi mendapatkan bahan bacaan pada harga jauh lebih rendah berbanding di pasaran.
Bagi memberikan kelainan, syarikat buku terkenal, Kumpulan MPH Malaysia Sdn. Bhd. (MPH) dengan kerjasama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan jualan buku secara besar-besaran dengan penerapan konsep taman tema.
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014 di (PICC) yang bakal diadakan pada 19 hingga 23 Mac depan menawarkan pelbagai seleksi buku, majalah, buku elektronik (e-Book), alat bantuan belajar, alat tulis dan peralatan digital di dalam ruang pameran yang berkeluasan lebih 5,574.2 meter persegi.
Bersempena dengan konsep taman temanya, PBAP 2014 akan membawa pembaca ke dalam sebuah pekan buku untuk menerokai alam penuh keajaiban yang dipanggil Bookerville.
Pengarah MPH, Datuk Abdullah Abdul Rahman berkata, pesta buku berkenaan bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang memperkaya, mendidik dan menghiburkan pengunjung.
“Ia sekali gus dapat menarik pelancong luar negara untuk menyertai pesta yang juga diadakan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
“Tawaran harga menarik tidak terhad kepada buku yang sudah lama diterbitkan malah ada juga buku-buku terkini yang diberikan potongan harga yang pastinya menambat hati pembaca,” katanya pada sidang akhbar PBAP 2014 di PICC, Putrajaya baru-baru ini.
Menurut beliau, PBAP 2014 bakal menarik lebih 300,000 pengunjung sepanjang lima hari pesta buku tersebut berlangsung.
Selain itu, penampilan selebriti dan aktiviti hiburan bagi kanak-kanak seperti cabaran permainan dan aktiviti seni kraf turut disediakan kepada pengunjung.



Ni pulak jadual pesta buku yang telah dan akan diadakan di Malaysia. hehehe
Best gileeeee bosssss... Jom serbuuuuuu.. Tapi............ aku tak de harapan hokeh.... hahahaha




JADUAL DAN TARIKH PESTA BUKU MALAYSIAN 2014

Sumber dari Klik Sini


Big Bad Wolf Book Sale
15 - 23 Feb 2014
Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor

Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Feb - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
19 - 23 Mac 2014
PICC

Read Malaysia
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014
PWTC


4 comments:

  1. Thanks for the info! I love reading too!

    ReplyDelete
  2. @Smartan Dad ye ke.. wah best la samrtan dad boleh la pegi sana tgk2 buku..

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa kalau dapat pergi ni maunya tak kluar dari situ :P tapi jauh pulak....

    ReplyDelete