Ketika Cinta Tak Berjodoh


Assalamualaikum..

Lea nak tanye korang, sakit tak kalau kite mengharapkan seseorang menjadi milik kite, tetapi takdir berkata TIDAK!!..??

Sakit kan?? 

Sakitnya, ketika kite berharap seseorang tu menemani hidup kita, tetapi takdir berkata lain. Ianya hanya mendatangkan rasa sakit dan pedih...

Akan tetapi, percayalah bahawa hal ini sesuatu yang terbaik dari ALLAH SWT buat kita..

Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan dan hakikatnya telah ditentukan oleh ALLAH SWT sejak azali lagi..

Jangan pernah menangis dan menyesali akan takdir yang telah ditetapkan tuhan untuk  kita bahawa orang yang kita harapkan tak bisa selamanya bersama kita.

Namun, menangislah disaat kita lupa pada ALLAH SWT..

Segala perih di hati akan hilang bila sampai waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.. InsyaALLAH..

Percayalah pada kebesaranNYA..

Bahawa DIA lebih tahu akan yang mana terbaik untuk hamba-hambaNYA dan makhluk-makhlukNYA..

Jangan pernah sesekali kita menyalahkan atau berprasangka buruk terhadap ALLAH SWT sekiranya sesuatu yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan... Sebaliknya anggaplah ianya sebagai ujian buat kita untuk kita lebih mengingati dan mendekatkan diri padaNYA.

Percayalah, ada rahsia disebalik rahsia iaitu nikmat atau hikmah dari tuhan yang kita tidak ketahui disebalik setiap kejadian..

Maka ketahuilah bahawa :-

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; 
ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" - Surah al-Baqarah ayat 216


No comments