Kad Pengenalan Baru Pelepas Rindu...


Assalamualaikum..

Fuhhh.. Berkejar-kejaran aku hari ni.. Berlumba-lumba dijalan raya... Rasa cam dah boleh daftar untuk F1 tahun akan datang.. hahaha.. Mengarutkan aku.. Bukan ape, bukan sesaja aku nk berlumba-lumba dijalan raya.. Cuma aku kesuntukan masa dan mengejar masa supaya waktu mengulo aku tu dapat dipendekkan.. 

Pagi tadi dalam pukul 11.00 pagi aku berkejaran ke JPN untuk mengolek atau dalam bahasa lain, mengambil IC baru aku.. Wahh dapat IC baru kan kan.. Orang lain dah berjaman buat, aku baru terhegeh-hegeh nak buat kan.. Pulak tu IC lama aku tu, time-time zaman jahiliah aku dulu.. Dengan tak bertudungnya.. Isk3x.. Terukkan aku... Bukan tak nak buat awai-awai tapi aku tunggu muka aku yang cengkung dulu jadik tembam sikit.. hahaha... Boleh camtu?? ekekeke.. Alhamdulillah, IC aku dah berubah kepada aku yang dah bertudung.. Tenang sikit ati ni... 

Satu lagik yang menarik time aku kat JPN tadik.. Aku terserempak dengan Mak 'kawan lama' aku... Terkejut beruk aku... Kenapa aku terkejut beruk?? haaaa ni nak cite ni.. Mane tak terkejutnya, pagi tadi sebelum pegi JPN tu tergerak dekat ati aku ni, "haiss, camne la kalau terjumpa dengan makcik"... Tup-tup, time aku dekat kaunter JPN untuk amek IC aku, aku berpaling ke belakang dan nampak la makcik dengan anak perempuannya dok kat kerusi tunggu giliran untuk buat IC jugak.. Tu yang terkejut beruk aku tu... Mungkin kebetulan aje la kan... hurmm..


Lama gile la tak jumpa dengan makcik.. Sampai makcik dah tak cam aku.. Sempat la borak-borak kejap dengan makcik melepaskan rindu... hehehe.. Segan betul aku.. Malu pun ada.. Sedih tak payah nak cerita la.. Aku buat-buat gumbire je tadik tu.. Kalau tak buat camtu mesti dah nangis.. huwaaaa huwaa...


Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak jumpa makcik setelah sekian lama tak jumpa.. Terlepas jugak rindu aku kat dia.. Syukur pada tuhan.. Terima kasih ALLAH...

Tak sia-sia aku berlumba-lumba dijalanraya.. Akhirnya aku selamat sampai ke pejabat tepat pukul 1.45 petang.. Hahahaha.. ( karangan cam ampeh )

Smile Sokmo~!!



6 comments

  1. Alhamdulillah..selesai satu urusan..Allah hadiahkan pula bertemu dengan insan yang dirindui..

    ReplyDelete
  2. @PeRdU cINta yep PC... dipermudahkan... Alhamdulillah... lama x nmpk PC.. :)

    ReplyDelete