Pernah tak korang jumpa...............**


Assalamualaikum..

Carian Google

Pernah tak korang jumpa....?? Jumpa ape agaknye tu ye... Entry aku kali ni nak bercerita tentang perihal lelaki... Bukan perihal yang buruk tetapi perihal yang boleh dikatakan agak 'sweet' gitu... Tapi tajuk entry ni agak pelik kan.. hahaha.. cam jumpa hantu aje... Dalam kehidupan kita ni mesti bermacam-macam sikap manusia yang kita jumpa dan kenal kan... Ada yang baik.. Ada yang jahat... Ada yang 'sweet'.. Ada yang burok..!! So kali ni aku nak cerita berkenaan yang sweet-sweet aje...

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang suka SMS kita bertanya itu-ini atau berpesan itu-ini yang menandakan dia terlalu mengambil berat tentang kita... contohnya :-

Dah sarapan ke belum?
Makan Ape rini?
Sihat tak hari ni?
Dah makan ubat ke belum?
Bawak kete hati-hati.. Jangan laju-laju..
Sampai opiz kasitau ye...
dll..

Tak kurang jugak yang sentiasa memberitahu perihal diri sendiri kepada kita.. Setiap perbuatan dan pergerakan mereka kepada kita... Yang membawa makna sebuah kejujuran dalam hubungan.. hakhak.. Pasti ada yang akan merasa bosan kan dengan keadaan seperti ini... Kepada sesiapa yang mengalami keadaan begini jangan la merasa bosan kerana apabila semua ini sudah tidak berlaku lagi, korang akan merasa kekosongan... wah ayat aku tak leh blah hari ni.. hahaha.. Tapi betul beb.. hargailah keadaan itu.. dan hargailah orang yang seperti itu... Dia adalah yang terbaik bagi kite sebenarnya...

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa ingin menjaga keselamatan kita sepanjang masa.. contoh yang paling simple la.. Time dia nak isi minyak kereta atau pergi toilet.. Dia akan pastikan pintu kereta dilock agar keselamatan kite terjamin ketika kita berada dalam kereta berseorangan... Perbuatan seperti ini dia tak pernah lupa untuk dilakukan walau dimana sahaja.. Sweetkan...??

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa memikirkan keadaan kita.. contohnya, ketika hujan dia sentiasa nak payungkan kita dan pastikan kita tidak basah walaupun dia sendiri yang basah.. Pernah la terjadi dekat aku ni.. Aku ingat sampai sekarang.. Seseorang yang sentiasa memikirkan keadaan dan keselamatan aku walau dimana berada... Time tu aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.. Berhenti di RNR Maran untuk solat... Selesai solat aku dapati hujan kat luar.. Wah, payung tak bawak.. Maka basah lah aku nanti.. Camtu la yang aku fikirkan... Tetiba keluar dari surau, aku dapati dia tengah tunggu aku kat luar dengan payung di tangan.. Aku pun tanye la dia, kenapa tak tunggu dalam kereta aje.. Dia cakap takut aku basah... nanti demam.. Terharu nye aku.. Terima kasih kepada beliau.. Yang sentiasa menjaga aku.. hikhik.. haaa korang penah tak alami keadaan camni... ??

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang prihatin terhadap korang time korang makan... Contohnya time korang makan dalam kereta ke.. kat taman ke.. lepak-lepak santai.. tapi bukan dekat kedai la.. Ada tak mana-mana lelaki yang korang kenal siap amek tisu untuk diletakkan diatas ribaan korang time makan takut makanan tertumpah atau terjatuh kat baju atau suau korang..?? penah tak?? Kalau ada, korang rasa lelaki tu sweet tak? hikhik..

Pernah tak korang jumpa lelaki yang suka ikut korang pergi membeli belah @ shopping.. Dia boleh ikut aje kita sampai kita selesai shopping dengan layanan VVIP.. penah..?? penah?? Lepas kita beli barang, dia yang akan bawak semua barang-barang tu.. Sedangkan kita dok berlenggang kangkong aje.. Dia tak nak kita penat.. Wah bestkan kalau jumpa lelaki camni... Lelaki yang sentiasa dahulukan kita dan sentiasa fikirkan kita... Hurmm.... Tapi cam susah je kan nak jumpe lelaki yang sebegitu prihatiannya terhadap kite kan dan susah nak jumpa lelaki yang suka ikut kite pergi shopping sampai lenguh kaki-kaki dan melayan kerenah cerewet kite... Hahaha =))

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa nak bahagiakan korang?? Contohnya, dia sentiasa fikirkan aktiviti yang akan dapat menggembirakan kita.. Bawak kita jenjalan.. Sanggup datang ambil kita walaupun kita berada di-nun jauh disana.. Sedangkan dia tinggal nun jauh di sinun.. Sanggup ambil dan hantar kita semata-mata nak bahagiakan kita... Sentiasa update berkenaan perasaan kite seharian sama ada kebosanan atau tak.. Sentiasa fikir camne cara nak kasi kita gembira dan happy... ado???

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa menjaga makan minum korang?? Misalnya, dia akan bertanya sama ada kita dah makan atau belum.. Sanggup hantarkan makanan buat kita kalau kita belum makan.. huiii baiknya lelaki seperti ini... Bawak kita keluar makan... Apa saje yang kita nak makan ditunaikan tanpa bantahan.. Makan yang halal aje la.. Yang haram sah-sah korang kene pelangkung ngan seorang yang bernama lelaki.. Hahaha ~!!

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa faham minat korang?? faham berkenaan hobi korang.. kesukaan korang... Contohnya la.. cam aku ni yang obses dan suka dan cinta dan sayang sangat kat buku-bukuan... so, misalnya, kalau ada lelaki yang boleh faham minat dan kesukaan aku tu dengan membelikan aku buku-buku kan best... Hahaha... Suka ati je kan nak soh orang belikan... kihkih.. Tu contoh aje la.. Tapi sebenarnya, aku penah lalui sume tu dulu.. hehehe.. Seseorang yang betul-betul memahami minat aku.. Sentiasa hadiahkan aku buku.. Tujuannya untuk membuat aku happy... ( sedih lak kenang bende ni ) Macam-macam buku aku dapat tau.. novel.. buku agama.. buku masakan... hikhik.. Terima kasih kepada beliau.. Tapi tu dah menjadi kenangan aku.. Itu lah sesweet lelaki yang penah aku kenal... Peace...~!!

Pernah tak korang jumpa lelaki yang boleh masuk dalam keluarga kita dan boleh membuatkan keluarga kita begitu sayang kepada dia.. Sehingga sayang itu melebihi daripada sayang mereka kepada anak sendiri.. Wah, hebatkan lelaki camni.. Hebat + sweet.. hahaha... Kalau korang ada kenal lelaki camni, itu la calon suami yang terbaik buat korang.. Jangan sia-siakan dia... Wah ayat aku dah cam pakar motivasi lak..

Eh, kalau nak cerita berkenaan lelaki yang sweet ni agak-agaknya berjela lagi kowt aku punye entri ni.. Cukup la takat ni.. Masing-masing ada pendapat masing-masing kan berkenaan lelaki sweet ni... Pendapat pasti berbeza bagi setiap orang... Bagi aku, ini lah yang membuatkan seorang lelaki tu boleh dikategorikan sangat sweet... So aku nak berpesan ni... Hargailah lelaki yang betul-betul menyayangi kita dan terima diri kita seadanya....

Peace & Love...


4 comments

  1. Alhamdulillah.. saya dah dpt lelaki, suami mcm diatas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ALLAH, beruntungnya awk Arina... Moga awk hargai anugerah Tuhan itu kepada awk... Tahniah Arina... :)

      Delete
  2. Pastinya hari hari yang dilalui begitu bahagia dan gembira..yang utama bersyukur atas nikmat Ilahi..

    ReplyDelete