Beli Lagi...~


Assalamualaikum..

Teruja aku nak update berkenaan buku baru aku ni.. Lagik tak update lagi tu la aku rasa tak senang ati.. hik3x.. Jumaat lepas ( 24.01.2014 ) aku dengan member aku Liza pergi serbu kedai buku 1Malaysia.. Almaklumlah baru gaji kan 23hb ritu... Terus buat plan baik punya untuk memborong buku yang dah lama berada dalam senarai kami.. Jumaatkan rehat yang panjang.. So time tu la nk keluar lama sikit.. Takde la ganggu waktu kerjakan... Kebiasaan kami pergi shopping buku pun mesti hari Jumaat.. Plan ni kami dah rancang sebelum gaji lagi.. Biasa la, akhir bulan aje dekat-dekat nak gaji mesti dah ada senarai buku yang hendak dibeli... Kamikan obses sangat dengan buku.. Obses kami pun baca untuk mengumpul ilmu tau... Kalau korang pun minat baca buku mesti korang faham kitorang kan.. 

Dalam perjalanan jalan jem pulak.. haiss.. Ni dah kire melambatkan masa kami.. 1 jam nak boleh ke sampai di kedai buku tu... Tak ke haru.. Biasa x sampai pun 45 minit.. Silap percaturan betul la... Ingat lalu highway boleh save masa.. Sekali lagik lambat.. hehehe.. Dugaan betul... 

Sampai aje kat Kedai Buku 1Malaysia tu terus terkam.. Tak sabar-sabar rasanya nak jumpa buku-buku kami tu... hahaha.. Gila kan... Masuk aje terus sambar buku Imam-Iman Yang Benar.. Buku tu aku dah nak beli lama dah.. So dah tahu kedudukan dia kat mane.. Kawan aku ni melilau-lilau tengok buku-buku... Sebelum tu kami dah call kedai tu soh dorang simpan 2 buah buku Aku Terima Nikahnya.. Buku ni kan laris, takut-takut la tak berkesempatan dengan kitorang.. Pergi-pergi tengok berlambak lagik buku tu.. Siap boleh pilih-pilih lagik.. Aku rembat 1 lagik buku yang pernah aku baca.. Kire buku ni aku dah khatam tapi aku saja nak buat koleksi dan nak baca lagik.. Sebab buku ni best.. Buku yang aku maksudkan Biografi Rasulullah..  3 Buah buku aje dulu aku beli.. Tu pun dah mencecah RM150 untuk 3 buah buku tersebut.. Dalam senarai ada lagi nak beli tapi ditahan dulu... Akan datang pulak aku beli... hahaha...


Aku tercari-carik 1 buah buku ni berkenaan Firaun.. Tajuk buku tu Misteri Firaun Musuh Para Nabi... Carik punya carik rupanya dah habis.. So pekerja kat situ terus syorkan supaya aku booking dalu.. Nanti dah sampai dia akan call aku... Wah bagus gak gitu kan... Aku apee lagik terus kasi buking la... Aku sebenarnya dah lama nak tahu kisah-kisah firaun dengan lebih detail.. Itu sebab la aku carik buku tu.. Masa aku tanye pasal buku tu kat pekerja kedai tu, boleh pulak kawan aku ni gelak kan aku.. hahaha.. kuang ajaq betoi.. hahaha.. Sampai pekerja tu pun gelak kan aku.. hahaha.. Tak pe la, janji aku dapat pengetahuan tentang kisah sebenar Firaun.. Tak gitu... Eh, aku lak rasa cam lucu... hahahaha..~!!

Ehsan google


Satu lagik buku aku booking.. Untukmu Wanita... Buku ni berkenaan soal jawab tentang wanita.. Paling penting berkenaan aurat.. haaa..Tak sabar nak dapatkan buku-buku tersebut.. :)

Ehsan google


Nanti aku dah baca semua buku tu aku apdet untuk korang ek.. Tungguu tau...
Pasti Melatop..!!!



2 comments