Ibu.. Tiada Galang Ganti..

Monday, December 1, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt...

Rajin betul jari jemari pagi ni.. Rajin menggoogle.. Rajin jugak menghapdet blog yang usang ni... Tengah dok menggoogle tadi terjumpa artikel berkenaan IBU.. Terdetik lak kat hati.. "Menarik".. So, dengan kerajinan yang ada ni nak jugak up kat sini.. Sebabnya aku sayang sangat kat ibu aku yang aku panggil 'Emak'.. 

Dengan artikel ni, semoga memberi pengajaran kepada kita.. Supaya kita tak akan sama sekali melupakan ibu kandung kite yang dah bersusah payah melahirkan kita juga membesarkan kita.. Jom kite lihat....

Semua gambar-gambar ni aku amek dari google ye..~!!











Sekian...~!!





Read More

Akhiri Penantianku

Thursday, October 30, 2014

1 comment

Dr. En. Google




Resah hatiku selalunya ada
Fikirkan kamu setiap waktu ku
Tenang jiwaku bila kau disisi
Dalam dakapanmu buatku mati

Jauh ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Tak mampunya aku bila kau tiada
Gelap hariku, Sepi hidupku
Lemah langkahku mendengar suara mu
Laju jantungku bila menyentuhmu



Read More

KENA TAHU :: Aurat Perempuan

Monday, October 27, 2014

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Ehsan En. google

Lamanya tak menceceh kat sini... Hari ni nak bercerita sal aurat seorang perempuan... Tak menceceh gak cuma nak share gambar-gambar yang berkaitan aje... Harap dengan gambar-gambar yang akan di muat naik disini nanti dapat memberi pencerahan. 

sumber : google

Biasa kite di tanye persoalan camni kan... Masih ramai yang konfius berkenaan aurat ni.. sama ada berkenaan bersalaman... bertudung... dan sebagainya lah berkenaan aurat... Kadang-kadang tu aku sendiri pown konfius dan kadang-kadang jugak terlupa... So untuk itu meh kite refresh balik berkenaan ini.. Untuk pencerahan yang lebih mendalam elok la bertanyakan ustaz atau ustazah kerana mereka lebih arif.. hehehe.. 

sumber : google

sumber : google

Marilah kita sama-sama mengambil tahu dan membaiki diri kita kearah yang lebih baik..


Read More

Sayang

Wednesday, September 24, 2014

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Sekarang kene kerja dengan paras nye.. So takde mase dah nk jenguk blog mau pown nak update.. Ni pown curik-curik aje.. hehehe.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjenguk blog saya yang tak seberapa ni.. Yang ada follow saya tu, insyaallah akan saya follow balik nanti... :) 
Nak kongsi lagu ni.. Best... 


ehsan google

Sayang
Gerhana Ska Cinta ft Altimet, Salam, Nabila Huda

Sayang
Kalau aku diberi sedikit masa
Sudikah kamu beri aku kucupan manja
Boleh kita kongsi senda tawa
Moga kita ceria sentiasa bersama

Kita
Pegang cermat hatiku dalam tangan
Aku kembali selepas aku penat berjalan
Cekalkan hatimu aku harus pergi
Bila kembali sambutku dengan senyuman berseri



Kasih
Kau jambatan ke masa hadapan
Naikku kamu berdiri di sebelah kanan
Ambil alih tugas buat sementara
Sambungkan namaku bila aku sudah tiada

Tiga bucu jiwa ragaku
Tiga suku sudah hampir penuh seluruh hatiku
Tinggal lagi satu cuba teka kalau tahu
Pelengkap ke empat mamaku si ratu

Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya

Mempersembahkan, salam
Masihku teringat kali pertama kau ke sekolah
Dalam pelukan ibu tanganku lambai rindu bertambah
Masihku teringat kali pertama kau bercuti
Dalam pelukan papa bawa pulang kaset Metalicca
Jalan bersama lihat indahnya, indahnya alam semesta
Waktu berjalan lihat tiada, tiada tanaman hanyalah bangunan
Lautan biru kini hitam arusnya
Satu perdua habis dirobeknya
Satu pertiga tinggallah bakinya
Jika anak cucu kita bertanya
Gambar kenangan menjadi penggantinya
Jika kita.. hey!

Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya

This your one love revolution
For the young generation
And look into one heart
With no competition
No racial colour skin
And no nationalities
Because we come to teach the people love and unity
No racial separation
No miseducation
The propaganda and the misinformation
Stop the fist and fight
Let us all unite
Sayang is the word
Everyday and night
And every little thing’s gonna be alright


Read More

30 Days Blogs challenge..

Wednesday, September 10, 2014

4 comments

Assalamualaikum wbt..


Google kasi..


Sana sini dok tengok kawan-kawan blogger join 30 Days Blogs Challenge ni... Soalan-soalan yang ditanya pown agak menarik dan mencabar... Hahaha... Mencabar keh??? Pape pown dah terlambat untuk aku join jugak... Hari ni dah hari ke-10 kowt... Haiss.. Lama beno tak blogwalking, inilah akibatnye... kikiki...





Read More

Oh Kesihatan...

Wednesday, September 3, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Sendunye blog ni.. Tak berupdate.. Dah nak berlumut dah... HEHE... Kesihatan sangat-sangatlah tak mengizinkan ketika ini.. Nak jenguk blog pown tak berapa nak ada mood.. Apetah lagik nak menghapdetnye.. Banyak gile blogger buat GIVEAWAY... Tak dapek la nak menjoinkan diri.. Tak berdaya diri ini nak menyertainyerrrrr...

uhuk.. uhuk... 
Read More

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Wednesday, August 6, 2014

10 comments

Assalamualaikum wbt..

Wahh ada lagik satu segmen wajib join... Sebab ape?? haaa sebab syarat-syarat nye mudah dan simple.. ahakzz... 

Klik banner untuk turut serta

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Segmen ni dari Blogger Adinda Baizura Mazlan atau singkatan dari nama beliau ialah ABM... haaaa sweet sweet gitu... Memandangkan syarat penyertaan adalah simple sangat-sangat... Dengan sopan lagik santunnye Lea Azleeya menjoin segmen ini.. hehehe~!!

Segmen ni berakhir 15 Ogos 2014 ( Jumaat ) ye...

Nak tau syarat-syaratnye... Baca kat bawah ni.. 


*************

Caranya senang dan simple je.
1) Follow blog ini. ITU WAJIB!
2) Buat satu entry bertajuk "Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan" dan backlinkkan ke entry ini. Letakkan banner di atas sekali. 
3) Komen link entry anda di entry ini. 

Jika mendapat sambutan : 
1) 10 entry terpilih akan menjadi Bloglist August ABM 
2) 3 entry terbaik akan ABM review

*************


So, ape lagik.. jom la join ramai-ramai..

Ok.. Selamat Bersegmen... 




Read More

Segmen : Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

37 comments

Assalamualaikum wbt..

Blogger Ayu Insyirah ada buat segmen sempena Merdeka... Bila baca syarat-syarat penyertaan terus rasa nak join.. Sebabnya seperti yang semua ketahui, bila syarat sesimple mungkin dan tiada kaitan ngan fb mahupun twitter pasti Lea Azleeya akan join.. Dah kenapa nak join bila syarat simple aje kan??!! Bukan pe, kat tempat aku ni fb dan twitter tak boleh dibuka.. Itu sebab la.. 

So, dengan lafaz Bismillah, maka dengan rasminya Lea Azleeya menjoinkan diri dalam...

Anda.. Anda.. Anda... Anda semua tak mo join gak ke.. Jom la.. Kalau nak join jugak boleh la klik banner yang aku tempek kat bawah ni... 

MERDEKA...!!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!
( dah kenapa dengan aku.. tetiba kene sawan patriotik terlebih awal ni.. hahaha~!! )


Selamat bersegmen... :)




Read More

Mi Gal

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Kulit Album Pure Vibration
sumber : google

Nak belanja satu klip video dari kumpulan reggae kegemaran aku...


Mi Gal - Pure Vibration

give me a one tall of water please,
its been a while me don’t
feel this feelin for so long,
she a took from me boring day,
hold me hand and we dance,
we do the reggae reggae,
the bird is singin singin a long the way…

[chorus]
me gal, lets dancing all the nite,
the trouble left behind now,
lets makin all the dark
nite comes alive..
alrite…
she love me[8x] me gal
she love me[8x] me gal

she looks so fairy,
[solo man]
queen of lion land,
[solo man]
love and light she have,
wish I had a girl that
always hold me tight,
I wish I had a girl that always colour me life,
Love that we share we can
spread it out,
Yea….yea..

[chorus]
What’s that in my head,
what`s shining day,
what’s that in my head,
colour shining…


Ahli Kumpulan..
sumber : google



Read More

Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah

Tuesday, August 5, 2014

29 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama sangat dah rasa nye tak menjuin mane-mane giveaway atau segmen blogwalking ni... Terasa nak turut serta pulak kali ni.. Sebab tengok syarat-syarat penyertaannya sangat-sangat la mudah dan tak membebankan... Tak payah nak follow fb atau twitter.. Cuma perlu follow blog owner sahaja... hikhik.. Almaklumlah.. Kat sini tak boleh nak bukak fb atau twitter... Tu yang rasa sukar sikit tu untuk join GA atau segmen yang memerlukan follow fb dan twitter... 

Oke lah.. Dengan lafaz Bismillah, dengan rasminye Lea Azleeya menjoinkan diri dalam

Nota Kaki  :   Ayat nak gah aje kan... Hehehe~!!

Klik banner untuk join


Read More

Paku Yang Lekat di Hati...

1 comment

Assalamualaikum wbt...

Hubungan Sesama Makhluk. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.

Renung-renungkan..


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat-cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu." 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf dari mereka."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu....?"

"Maksud ibu..?"

"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu." Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku....."

Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? 




Jangan menilai sesuatu yang berlaku secara luaran. 
Cuba analisis maksud yang tersirat. Lapangkan hati, bukakan minda. 
Terimalah nasihat dengan terbuka.


Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Bantu Palestin..??

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sama-samalah kita... 


Pray for GAZA
Pray for Palestin

Save GAZA
Save Palestin

Peace & Love
Read More

Isteri Saya Hilang..!!

Monday, August 4, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber ::  Google


Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!

Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.





Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Beduk Diketuk

Thursday, July 31, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt.


Yehhh Yehhh... Abeh dah baca buku ni.. Yang aku dok gebang-gebang semalam tu, buku ni la yang aku baca... Terbahekkkkkkkk sangat... Banyak bagi pengajaran pada aku.. Cuma lagik tinggal mahu mengamalkannya dan istiqamah... Insya ALLAH... 

Mula-mula dulu aku dok tengok kawan aku je baca buku penulisan Pahrol Mohd Juoi ni.. Aku tak berminat sebab penulisan dia agak berat dan sarat... Maybe aku baca sambil lalu aje kowt... Tak baca menyeluruh.. Entah camne terdetik ati aku nak beli buku ni, masa aku melilau-lilau dalam Kedai Buku 1Malaysia haritu.. Mungkin aku tertarik dengan cover buku ni yang seperti komik... Isi dalam pown terdapat gambar kartun-kartun.. Mungkin sebab tu aku jadi tertarik untuk beli buku ni... Aku fikir tak la bosan baca bila disulami dengan kartun-kartun kan.. Ahakz..

Ternyatalah dengan idea penulis untuk menggunakan grafik kartun ni membuatkan aku tak bosan membaca penulisan dia yang ternyata juga memberi kesan yang mendalam pada aku.. Rupa-rupanya penulisan penulis ni sangat-sangat lah bagus... Patutlah kawan aku suka sangat baca buku penulisan beliau... Setelah baca buku ni, baru aku rasa nak memiliki semua buku penulisan beliau... Cara penyampaian beliau sangat lah praktikal... Simple tapi berkesan... Dengan dialog sahaja, dah cukup memberi penerangan yang mantap lagi berkesan..

Insya ALLAH, akan datang aku nak beli buku lain pulak hasil penulisan beliau... Yang nyatanya, ada sebuah lagi buku beliau yang aku belum baca.. Juga bercover kartun. Hahaha... 'Angguk Geleng'.. Nanti aku dah baca aku update ye....~!! 


Gambar : kredit chepahilahussein


Read More

Lagu Raya Feberet Lea Azleeya

Wednesday, July 30, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Hah amek ko... 3 entri sekali dalam masa terdekat... hohoho... Nak jugak la kongsi lagu raya yang paling paling paling paling menjadi feberet aku untuk setiap tahun... Tengok 'paling' tu sudah la.. Dah menggambarkan betapa sukanye lagu-lagu  ni.. Ahakz.. 

Lagu Pertama


Raya Yang Sempurna
* Awie *


Lagu Kedua


Halaman Asmara
* Awie + Ziana Zain *


Lagu Ketiga


Salam Aidilfitri
* Jamal Abdillah *


Tu dia.. 3 lagu ye... Mesti nak dengar kalau time-time raya.... Kalau tak raya pown lagu-lagu ni masih valid untuk telinga Lea Azleeya ye.. Hehehe..

Sekian..


Read More

Hardware & Software Solat

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!

Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?


HARDWARE & SOFTWARE SOLAT

"Bagaimana nak perbaiki solat?"

"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."

"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."

"Softwarenya?"

"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."

"Cari ilmu yang bagaimana?"

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.

Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'

"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."

"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."

"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"

"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"

Saya mengangguk lagi...

********************************

Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...

Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe... 

Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.







Read More

Bulan Kemaafan....

No comments

Assalamualaikum wbt..



Pasti ramai lagi yang bercuti time-time camni kan... LA dah mula kerja hari ni... Lapang je rasa opiz sebab tak berpenghuni.. Hak Hak.. Ape-ape pown LA nak ucapkan ..............

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin

kepada

Semua yang mengenali LA..
(wah cam artis dah rasanya ucapan sebegini rupe.. huhuhu)

p/s : Mohon maaf ye kengkawan andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan persahabatan kite selama ni... sob sob sob...

Raya tahun ni bagi LA adalah raya suam-suam kuku... Tak rasa raya sangat pown sebab dah beso panjang kan.. Kalau masih kecik-kecik agik mesti raya bahang raya tu... Cuma raya kali ni berlainan sikit sebab hari raya pertama dan kedua diisi dengan ziarah menziarahi.. Kira full la aktiviti untuk raya tahun ni.. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan adil seadilnya.. hohoho~!!

Oleh kerana mood raya yang suam-suma kuku kambing tu so semua bersederhana sahaja.. Tahun ni pown LA tak buat kueh raya langsung hokek... Punye la malas dan mood raya entah kemana menghilang... So semua 'kuih tunjuk' aje untuk tahun ini.. Ahakz...

Nak belanja gambar raya pown tak ada.. Tak bergambar pown... Dasyat kan punye mood tahun ni.. Hahaha... Sampai gambar pown tak amek... Tahun depan pulak kite tengok moodnye camne.. huhuhu...


Read More

Munajat Keampunan - Zikir Taubat Nasuha

Monday, June 23, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni LA nk kongsi satu video zikir.... Selalunya LA akan dengar zikir ni time otw nak pergi kerja.. Sayu je rasa hati... Memberi keinsafan bila menghayati zikir ni... Subhanallah.. Indah sungguh zikir ni.. Selalu lah kita mengalunkan zikir yang indah ini dan juga menghayatinya.. Terasa tenang.. damai sangat....





Read More

Kanta Kesedaran

Tuesday, June 17, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..


Setelah bertungkus lumus menyiapkan segala bagai untuk majlis malam mesra silaturahim 2014 sabtu nanti, sempat lah jugak aku menyelit untuk menaip kat sini.. Bukan menjadi 'ular' tau.. tapi cuma sekadar berehat sebentar bersama blog Lea Azleeya.. Ahakkzz..~!! Sambil-sambil menaip, kembang kuncup hidung aku ni bau buah kuini.. Satu opiz berbau.. 

Okeh jangan nak melalut panjang-panjang sangat... Sebenarnya aku nak kasi tau kat hangpa semua yang aku baru je habis baca buku Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad...


Best tau buku ni.. Banyak pengajaran yang kite boleh dapat dalam buku ni... Aku nak kongsi sikit secebis coretan yang ada lam buku ni.. huh.. "secebis coretan" tu kowt.. Ayat melampaui batas kan.. hahaha.. Ada salah satu perenggan tu banyak memberi kesan pada diri aku.. Baca saje peranggan tersebut, seolah-olah aku tersedar akan diri aku yang serba kekurangan ni.. Jom tengok ape ayat itu...

"Untuk lebih membina keyakinan diri, apabila kita hendakkan satu-satu jodoh, kita tulis ciri-ciri jodoh yang kita hajati. Antaranya, sebagai wanita yang baik, kita mengharapkan seorang lelaki yang beriman, hidup sihat, tidak merokok, lelaki penyayang, lemah lembut, dan lelaki yang baik dengan keluarga kita. Namun begitu, selagi kita sendiri tidak ada ciri-ciri seperti lelaki yang kita idamkan itu, pada pengalaman dan pandangan saya, kita tidak akan mendapat orang seperti yang kita idamkan itu. Sebabnya, kita akan menarik orang yang sama auranya dengan kita. Kalau kita seorang wanita yang gedik-gedik dan seorang yang tidak menutup aurat, agak-agak lelaki soleh mahu atau tidak dengan kita?"

Begitulah kata-kata Prof Dr Muhaya dalam bukunya.. Bila baca perenggan ni, aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi... Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan bertakwa kepadaNya. Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan sentiasa bertakwa kepadaNya, pastinya ALLAH akan menyayangi kita dan membantu kita menyampaikan segala hajat kita.

Binalah keyakinan yang kukuh kepada ALLAH agar keyakinan diri kita lebih kukuh. Bagi menghilangkan rasa waspada terhadap apa-apa tindakan kita, berdoa dan bermohonlah kepada ALLAH. Buatlah solat Istikharah dan solat Hajat bagi memohon petunjuk ALLAH, agar pilihan dan keputusan yang kita buat itu betul dan dapat menghilangkan rasa was-was serta akan terbinalah keyakinan diri. InsyaALLAH, dengan ketakwaan kita kepadaNya, ALLAH akan melindungi kita daripada sebarang musibah..

Wallahu'alam

Read More

Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'

Monday, June 16, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama tak menaip kat sini.. Rindu sangat rasanye nak mencoretkan sesuatu... Tapi tak berapa nak coret gak ni.. Sekadar nak berkongsi video ceramah Ustaz Azhar Idrus ni.. Jom la dengar sama-sama.. 


Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus




Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus


Read More

Sedih ~ Tak Tenang ~

Thursday, May 29, 2014

1 comment

Assalamualaikum w.b.t.

sumber : google

"Aku tak tenang la hari ni"...

"Sedihnya hati"...

Hehehe... macam-macam keluhan kite dengar bila hati tak tenang, bila timbul rasa sedih, bila gelisah bertandang dan ketika hati sedang berduka oleh sebab-sebab yang boleh menyebabkan keadaan itu terjadi.. (faham tak) hahaha.. Setiap manusia di dunia  ni pasti akan merasai perasaan yang sebegitu.. Apatah lagi ketika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.. Tapi percaya lah.. semua tu mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..

Bila terasa tak tenang, rasa sedih, gelisah dan berduka, ape biasa korang buat? Mesti ada yang mengisi masa lapang supaya dapat melupakan semua tu kan.. MeBZkan diri seharian.. Tak kurang jugak yang menangis semahunya kan.. Percayalah, penawar yang paling mujarab ketika kite berada dalam keadaan seperti itu adalah BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.. Itu lah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang gundah gulana, tidak tenteram, sedih, gelisah dan berduka.. 

sumber : google


Ini lah ayat yang selalu aku amalkan ketika aku berada dalam keadaan tidak tenang dan sedih.. Sentiasalah berzikir kepadaNYA.. Kite pasti mendapat ketenangan..

sumber : google

Okeh.. Jam dah menghampiri pukul 5... Takat ni aje la boleh aku bebelkan untuk hari ni.. hehehe.. MOga-moga kita sama-sama mengamalkannya ye... Sucikan hati dengan solat taubat.. Sebagai renungan bersama, aku hadiahkan gambar hati ni untuk semua dan diri aku sendiri..

ehsan google



Read More

Gerimis Senja

Wednesday, May 28, 2014

1 comment

Assalamu'alaikum wbt..

ehsan en. google

Takde ape-ape nak aku celoteh kat sini sebenarnya.. Cuma nak tempek sebuah lagu yang dipopularkan oleh Alleycats - Gerimis Senja.. Suka sangat lirik + lagu ni.. 

.
.
.
.

Gerimis Senja
.
.
.
.



Read More

OAT Choco

Thursday, May 22, 2014

7 comments

Assalamu'alaikum wbt

Tengah rajin sikit ye hari ni.. Jangan nk buat muka terkejut ek melihat kerajinan ku ini.. Ahakz.. Bukan pe, aku cuma nak buat survey pasai makanan ni.. Pelik aku.. Cam jadik fenomena lak..

OAT Choco

Curik kat google ye.. jgn mare..

Hah ini la 'sesuatu' tu... Best KEH?? Takat ni aku belom agik membeli + mencuba snack ni... Ketinggalan betul la aku ni kan.. Sambil buat muka jakun ni tau... Sebab ape aku buat tataw jek pasal bende ni pada awalnye, sebabnye aku memang bukan penggemar oat... hhehehe.. Tapi bila dah heboh bercakap sal oat choco ni, nak jugak rasa.. Mane la tau sedap ke kan bila berada lam mulut aku ni.. hikhik.. 

Ritu ada gak jalan-jalan dekat Car Booth kat depan UTC.. Ada gak tengok orang dok jual bende ni.. Aku dengan selamba badak masa tu berkata-kata lam ati.. "Dari mana datang lak snack ni.. cam pelik aje aku tengok.." hikhik.. Kejam tak?? Tengok!! sekarang aku lak mencarik.. Nantilah kalau rajin-rajin kaki ni, aku pergi la menapak lak kat depan UTC tu... Malam buta lak tu Car Booth tu bermula.. Hadoiii..

tq en. google ks pinjam pic ni

Hah.. ni isi dalam dia.. Dah cam kekacang je kat luau tu kan sekali tengok.. Aduiii, bila boleh rasa ni... 
Sabau jelah.. hohoho ~!!




Read More

Lagu Time Kecik-Kecik..

No comments

Assalamu'alaikum wbt..

Terlalu lama rasanya tak menghapdet blog... Rindu sangat-sangat nak berblog.. Tapi apekan daya masa menghadkan segalanya... Bukan tu aje.. KEMALASAN yang melampau pown menjadi punca-punca terjadinya blog ni tak berhapdet... hehehe..

Teringat aku masa kecik-kecik dulu... Dengar lagu omputih tapi tataw ape yang dorg sebut .. Almaklumlah kecik agik time tu kan... Bukannya tahu bahasa2 inggeris ni... Takat dengar dan buat lirik sendiri boleh la.. Janji bunyik ala-ala gitu... Hahaha.. Banyak jugak lagu yang aku reka sendirik lirik dia.. tapi bunyiknye lebih-lebih kurang la dengan versi asal.. Time-time kecik dulu mesti la dengar lagu kanak-kanak kan,.. Takan dengar lagu jiwang-jiwang dewasa lak.. Tapi budak sekarang dah pandai dah.. Dah update la budak-budak sekarang.. layan lagu orang-orang dewasa dah.. Tak layan lagu kanak-kanak hingusan ni.. hehehe

Salah satu lagu yang masih aku ingat sampai sekarang.. Aku pown tak pasti ape tajuk lagu ni yang sebenar.. Tapi aku masih ingat lirik yang aku buat dulu.. Agak lucu  bunyinye.. Tapi menarik bagi aku.. HAhahaha..Poyos betol rasenya bila nyanyikan balik.. Sape-sape yang tahu lagu  ni, boleh la nyanyi sama-sama aku.. sape tataw, just buat muka terkejut je ye,.. hahaha.. jummm..~!!

"lets go to the zoo, de wat supi sudu, de de winggu"

HAhahaha... itu la lirik yang sering aku nyanyikan masa kecik-kecik dulu.. Bila dah beso 'gajah' ni, terasa lucu lak.. Tapi tetap menghiburkan hati aku sendiri.. Bila aku nyanyi kuat-kuat, mesti semua cakap "ape yang ko mengarut ni.. dah x betul ek".. HAhahaa.. itu lah dialog yang biasa aku dengar sesudah aku habis nyanyikan lagu yang 'kiut' ni..

Teringat lak satu 'peristiwa' tu.. Dulu-dulu aku memang selalu p karok.. Kalau pergi KL mesti karok kat Redbox.. Karok tu adalah xtvt wajib aku dulu... Memang gile karok la dulu... Satu hari tu, aku pergi karok dengan seseorang ni yang juga kaki karok cam aku.. Memang sekepala la aku ngan dia dulu.. Hantu nyanyi betul kitorang ni dulu... Dok tengah-tengah syok menyanyi, aku teringat dengan lagu 'kiut' aku ni la.. Terus aku amik mic dan terus nyanyi lagu berhantu aku ni.. Terus dia tercengang dan tanye aku "Lagu ape tu".. Sambil dia buat muka konfius dan gerun + cuak.. Hahahaha.. Tak leh blah tengok muka dia.. Aku ape lagik, terus buat penderaan mental keatas dia.. Aku paksa dia nyanyi lagu misteri aku tu.. Dia tak nak sebab lagu tu "terlampau best".. Wakakaka.. Aku tetap buat paksaan sampai hampir-hampir dia mengidap penyakit mental ketika itu.. (dasyat tak cerita aku ni yang ditokok tambah)... ekeke.. Last-last dia TERPAKSA menebalkan muka dan mengikut aku nyanyi lagu tu.. hahahahahahaha (gelak besar aku)... Aku siap ajar dia cara-cara nak nyanyikan lagu tu... Dia bukan tau melody dan lirik lagu tu.. hahaha  Tapi ok la sebab dia sporting sangat.. Nak jugak dia memenuhi permintaan aku tu.. Sampai dia suka lak lagu simple aku tu.. hahaha.. Ingat lagik ke dia ngan lagu ni ek.. Ape la cite dia sekarang.. hehehe.. Kenangan betul la semua ni.. hikhik.. Simpan semua kenangan dalam buku "hati"... Itu je yang ada sekarang.. huhuhu

Best tak cerita aku?? Korang pown mesti ada lagu yang korang reka sendirik kan time-time hingusan dulu... Tapi mesti korang tak leh tiru aku punye lagu yang sangat-sangat comel ni kan.. hahaha..

Okeh la kawan-kawan.. Moga lain kali aku coretkan lagik pape cite.. Aku nak p hadap kerja lak.. Jumpa lagik deh... 

Bubeyy...

Smile Sokm0~!!


Read More

GIVEAWAY 2014

Wednesday, April 30, 2014

2 comments
STICKY POST


Read More

Merundum

Thursday, April 24, 2014

No comments

Assalamualaikum

Lama tak apdet blog... Rindu sebenarnya tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan... Banyak bende yang nak di apdet tapi belum kesampaian.. Ni pown curi-curi menaik sebab rindu sangat-sangat... hehehe.. InsyaALLAH ada masa terluang pasti akan diapdet nanti.. Giveaway pown dah lama tak join.. Sori sangat-sangat kepada yang mempelawa Lea untuk join.. Bukan sombong tetapi memang keadaan tak mengizinkan..

Smile.. :)
Read More