Mudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin



Assalamualaikum..

     Dah sarapan ke semua? LA x bersarapan harini... sibuk menyiapkan buku program untuk program kawad esok.. Siapa dah sarapan, Alhamdulillah.. itu rezeki anda untuk pagi ni kan.. wah bercakap pasal rezeki hari ni.. Tajuk entri ni pun dah berkenaan dengan rezeki.. itu tajuk buku yang LA dah baca... Bagus sangat buku ni.. memberi kesedaran kepada kite yang rezeki tu datangnya dari tuhan.. dan ada pelbagai cabang rezeki yang diterangkan dalam buku ni..

Mudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin

     Semua rezeki datang daripada ALLAH SWT... Setiap makhlukNYA telah dibekalkan dengan rezeki yang cukup. Malah ukuran dan sukatan rezeki bagi setiap makhlukNYA sudah disiapkan sehingga hari kiamat. Semuanya ALLAH sertakan dengan rezeki masing-masing, baik dia seorang yang beriman dengan ALLAH atau dengan patung-patung, tetaplah ada rezekinya. Begitulah Maha Pemurah dan Pengasihnya ALLAH. Walau tidak menyembahNYA, masih terus diberi rezeki. Pemberian ini dinamakan pemberian Rububiyyah.

     Rezeki ni kan datang dari pelbagai cabang... semua yang bermanfaat untuk kite itu lah dinamakan rezeki.. Bagus tau baca buku ni.. so LA suggestkan semua kawan-kawan memiliki buku ni.. Bila baca buku ni baru tahu rezeki tu datang dari pelbagai bentuk.. Dalam buku ni jugak terdapat cerita yang dijadikan contoh.. so lagi mudah kita faham berkenaan dengan rezeki.. hehehe..

     LA juga nak berterima kasih sangat kepada seorang sahabat ni.. dia yang menghadiahkan buku ni pada LA... Buku ni amat berguna pada LA... Hazimah ... 

Kata-kata semangat beliau... TQ. :)

     Buku ni dah selesai dibaca... sekarang LA ngah membaca buku baru lak.. 'ALLAH Tidak Pernah Jauh'.. penulis buku ni Suhana Amiril.. nanti ape-ape LA update ye berkenaan buku ni... Baru je mula membaca... 



oki.. sampai sini aje.. 


Bubey.......





Perkahwinan Diana Amir



Assalamualaikum


     Baru berkesempatan aku nak update blog aku ni.. Almaklumlah laptop aku rosak kan.. Tak sabar aku nak update pasal Diana Amir kawen... Aku lak rasa teruja dengan perkahwinan beliau.. wah gitu.. aku kan peminat dia... haaa...

     Alhamdulillah, pada 26 Oktober 2013, Jam 9.30 malam, telah berlangsungnya perkahwinan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Hantaran yang diterima oleh Diana Amir ialah senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak                RM 1,000.00. Di khabarkan majlis beliau bertemakan 'Crystal Garden'.. cantil uols Diana Amir pada malam tu.. Dengan warna busananya pink putih... Ayu gitu... Jom kite tengok gambar-gambar sekitar pernikahan Diana & Habib..

















     Lahai cantik dan sama padan pasangan ni.. sukenye aku.. aku lak lebih xcited... hikhik.. Pape pun tahniah buat Diana Amir & Habib.. Aku doakan kebahagiaan akan menjadi milik kalian hingga ke jannah.. Aminn..



Titisan Mahabbah



Assalamualaikum

     Dah agak lama rasanya aku berulang alik ke kedai buku agama sekitar kuantan untuk mencari buku 'Titisan Mahabbah' tulisan Diana Amir + Ibnu Rijal... Aku beria-ia carik buku ni sebabnya aku ni peminat Diana Amir.. Aku minat dia pun sejak dia berhijrah.. Aku rasa terpanggil untuk meminati dia dan mengikut jejak langkah dia yang telah berhijrah kearah kebaikan.. Oleh sebab itu lah aku beria untuk dapatkan buku ni.. Nak jugak la tahu ape isi kandungan buku ni kan.. 

     Buku Titisan Mahabbah ni menceritakan kehidupan Diana Amir dan setiap peristiwa yang berlaku kepada diri dia tu ada hikmahnya... Setiap kejadian itu sudah ditentukan olehNYA... Setiap kejadian juga pasti ada hikmahnya...  Itulah yang dicerikan didalam buku ini.. Buku ni patut dibaca kerana baru kita sedar yang dalam kehidupan ini tiada kebetulan.. semuanya sudah ditetapkan.. Mari baca beramai-ramai.. hehehe..

Titisan Mahabbah by Diana Amir & Ibnu Rijal

     





Header Baru




    Ce tengok atas tu.. dah bertukarkan... ni la yang aku cakap semalam.. header blog aku ni akan bertukar... bukan bertukar menjadi gaban.. tetapi bertukar menjadi shomel.. shomel kan kan kan... sila tengok bawah ni ye.. hahaha...


   Shomel tak? kreatif kan... meh aku perkenalkan lak sape yang punye kerja yang membuatkan header ni begitu shomel... beliau adalah............ Fiza a.k.a Sihatimerahjambu ........ terima kasih fiza sebab selalu hasilkan sesuatu yang awesome... wahhh... Sesiapa yang nak order header/footer/watermark/banner/sticker/pamplet/vector potrait dan photoprops boleh email terus kepada fiza.Tempahan masih dibuka katanye... . hehehe... yang penting hasilnye memang AWESOME..!!!

   Jom jelajah blog fiza yang cantik lagik eksklusif gitu... 




TQ Fiza... :) 

Hero & Heroin Kerinduan Kami..



Wahh tajuk x nak kalahkan... Yelah mane tak nye klu dah sebut hero & heroin tu sah-sah terfikir pada filem atau drama kan... tapi nak habaq kat hangpa semua.. kehidupan kita ni pon dah cam filem @ drama kan... hikhik.. 

        Sebenarnya yang aku nak cite kat hangpa semua sal hero dan heroin kami yang dok ada kat umah tu... hero dan heroin kami yang semakin membesar dan semakin hensem serta kiut miut... hehe.. meh aku tunjuk hero dan heroin kami sekeluarga.... ni dia.... hahahahaa....


Baby Carl


Nurin Afrina


        Baby Carl tu anak akak aku.. Jarang-jarang je aku dapat jumpa dia.. dia dok jao... Nurin Afrina anak adik lelaki aku... muka aku masa kecik.. hahaha... klon aku ni... mereka lah penghibur kami... bukan ni aje yang ada tau.. hero bongsu kami yang paling comel ada agik sorang.. meh aku perkenalkan... 

Budak buchuk - Baby Qaish


      Dah cam tok aji je... kami panggey budak shomel ni 'Mat Sengeh'.. sebab dia suka sangat menyengeh.. ni anak adik perempuan aku yang bongsu... Anak sedara yang paling tak banyak ragam... baik sangat-sangat.. kesayangan aku ni... Tak larat dukung dia.. berat dia mengalahkan batu.. hahaha... budak temuk..



Gelagat Qaish.. 
Ni la mak & ayah aku.. 
Love u Mak... Love u Ayah...

Okey lah... abeh dah kemerapuan aku harini... x sabar aku nak tunggu header blog yang baru... nanti aku update ye... header blog aku akan bertukar wajah nanti...

Bubey... 





Raya Korban 2013....??


Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dah penghujung tahun kan.. dah sampai bulan oktober pun kite.. dan pada 15 oktober 2013 yang lepas... "yang lepas" tu.. padahal baru je semalam... tp betul la kan, kire dah lepas la tu... he he he... ape yang aku merepek ni... hahaha.. sambung balik... 

Pada 15 oktober 2013, iaitu semalam kite umah Islam telah meraikan Aidiladha atau juga disebut raya korban.. Kenapa ye agaknya tajuk entri aku kali ni ada tanda soal?? haaa ni chek nak cita ni... hurmm... Sebenarnya sehari sebelum raya korban, aku dimaklumkan oleh adik aku yang mak aku demam teruk... aku dah mula cuak dapat berita tu... hati aku mula la memberontak nak balik tengok mak aku.. tapi keadaan memaksa aku tak berbuat demikian.. sampai la malam kakak aku maklumkan mak aku dah mula cakap bende2 pelik.. aku dah tak dapat bertahan dengan keadaan yang memaksa tu.. dalam keadaan aku menangis teresak2 aku mula berkemas untuk balik jenguk mak aku... sampai aje kat umah mak aku, terus aku dapatkan mak aku dalam bilik.. sedih aku tengok keadaan dia.. lemah sangat2.. ajak pergi klinik dia tak mahu.. muka dia pucat dan lain sangat2.. sedih yang amat ati aku ni tengok keadaan mak aku cenggitu.. selalu dia ceria dan bertenaga.,.. lain benar hari itu... yang lagi aku sedih.. dia dah siapkan semua juadah hari raya sebelum anak2 dia balik.. padahal dia tahu ramai yang tak balik beraya pada tahun tu sebab raya puasa semua dah balik beraya dengan dia.. dalam sakit2 dan demam dia tu, dia gagahkan diri jugak untuk masak juadah untuk anak2.. dia berharap sangat dapat beraya dengan anak2 dia.. Alhamdulillah ada jugak anak yang balik walaupun tak semua balik kerana beraya di kampung halaman belah suami..

Malam raya tu dia tak larat nak bangun.. dengan hidung tersumbat.. dah 2 hari dia tak dapat tidur.. keadaan dia sangat2 lemah.. lepas kami beri dia makan ubat selesema dan isi ubat angin dekat hidung dia, baru la dia boleh bernafas dengan selesa.. Alhamdulillah, malam tu dia dapat tidur.. mungkin kesan ubat selesama yang menyebabkan mengantuk.. Malam tu aku tak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan keadaan emak aku.. Aku takut nak menghadapi hari esok.. Pukul 6 pagi aku sedar untuk menunaikan solat subuh.. terus aku bangun untuk mengetahui keadaan mak aku... Aku terus ke dapur, aku tengok emak aku senang memasak dengan kakak ipar aku... syukur kehadrat ilahi kerana mak aku semakin pulih dan ceria kembali.. walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi sekurang2nye dia dah bertenaga kembali untuk bangun dan berjalan.. Mak aku nak pastikan semua juadah yang ingin dimakan oleh anak dan menantu dia disedikan pada raya kali ni... Dia cakap takut nanti dia dah tak boleh nak masak dah... sedihnya dengar ayat dia.. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anak dia.. aku harap agar aku juga akan segagah dan sehebat ibuku dan aku berharap aku juga akan menjadi seorang anak yang boleh membahagiakan ibuku sehingga akhir hayatnya... In sha ALLAH.. 

Jadi kawan2, hargailah ibubapa kite selagi mereka ada.. jangan abaikan mereka.. terlalu banyak perngorbanan mereka buat kite.. pengorbanan ibubapa tiada tolok bandingnye dalam dunia.. sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kite... sentiasa la berdoa untuk mereka supaya mereka dilindungi sepertimana mereka melindungi kite sejak dari kite dalam kandungan sehingga kite dewasa.. Jadilah anak yang dibanggakan oleh ibubapa kite.. 

Mak... Ayah... kami sayang kamu... :)



Ayah & Ibu - Sudirman


Akhirnya.....


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi.. akhirnya siap gak blog LA.. TQ Sheda Ucu kerana bertungkus lumus menyiapkan blog ini... he he he..